Quantcast
Channel: INSPIRASI
Viewing all 65 articles
Browse latest View live

Berlatih Menulis

$
0
0
Bismillah.

Sejak menyertai Mini Konvensyen Penulisan pada bulan Julai 2013, minat untuk menulis itu terbit kembali. Minat yang sudah lama dikuburkan setelah mendirikan rumahtangga.

Bertemu dengan 'geng-geng' yang sama fikrah menjadikan semangat untuk berjuang memandaikan bangsa dengan penulisan mengalir dalam setiap nadi dan pembuluh darah.

Setelah berguru dengan penulis-penulis yang juga tenaga pengajar penulisan kreatif dan non-fiksyen seperti Tuan Guru Zamri Mohamad, Puan Fazeila Isa, Cik Puan Azzah Abd Rahman serta Tuan Bahruddin Bekri, dunia yang sebelum ini dibiarkan sepi, kini kembali bercahaya.

Subhanallah. Suka.

************************************************

Percubaan Pertama.

Berikut adalah cerpen 2 muka surat | 2 watak.


Tajuk: Hati-hati dengan hati.
--------------
Sambil memuat-naik gambar ‘set lunch’ KFC, Sulaiman menulis sesuatu di Facebook.

“Makan KFC, 'lunch plate'.
Alhamdulillah”



Butang ‘post’ ditekan.

Selang beberapa minit, ruangan notifikasi facebook Sulaiman menerima berpuluhan jumlah ‘like.’ Ada juga yang meninggalkan komen dalam pelbagai bentuk ucapan.

“Tahniah.”
“Sampai hati tak ajak.”

“Tergamak kau pergi seorang sahaja.”
“KFC mana?”
“(y)”
“Mahu juga.”
“Alhamdulillah, rezeki dari Allah.


Hampir separuh ruangan telefon pintarnya penuh dengan komentar rakan-rakan, saudara-mara serta kenalan yang pernah dan tidak pernah dijumpainya.

Malas menjawab komentar-komentar tersebut, dengan santai Sulaiman tekan butang 'HOME' untuk melihat status rakan facebook yang lain.

Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu mesej yang baru dimuatnaik beberapa saat lepas.

“Kalaupun kita ada rezeki lebih, jangan tunjuk.
Muat-naik gambar makanan menunjukkan anda seorang pesakit mental.

Hati-hatilah wahai para sahabat.”

Terasa! Sulaiman memilih untuk diam diri dan abaikan status tersebut. Pemilik wall tersebut tidak lain tidak bukan adalah rakan sebiliknya. Dia mahu bersangka baik. Meskipun dia punya satu rasa yang firasat hati jahatnya menaksir maksud lain.

Bahunya ditepuk, namanya disergah dari belakang. “Man! Maaf. Terlambat sampai.” Amran mengambil tempat duduk di hadapan Sulaiman sambil mencuit sedikit coleslaw dalam pinggan Sulaiman.

Amran membuka tabletnya dan turut melayan facebook.

Sambil menghalakan tabletnya ke arah Sulaiman, laman wall milik seseorang ditunjukkan. “Tengok status mamat ni?” Amran bertanya.

Sulaiman pandang sekilas. Dibuat acuh tak acuh pada pertanyaan Amran.

Amran mengetip bibir. Matanya dikecilkan sambil memandang kembali status di facebook tersebut. Melonggok-longgok kemarahan dalam kepalanya. “Aku syak dia mengata engkau.”

“Huish. Tak baik berburuk sangka dengan orang. Kita sendiri tak tahu kebenarannya, nanti, kita juga yang bersimbah dosa. Sudah. Sudah.”

Senyuman tersungging dari wajah Amran. Namun, rasa kecewa telah bersandar dalam dadanya.

“Aku memang geram ni. Dia tak sedar, semua ni punca daripada dialah. Makan KFC dalam bilik. Bersepah. Plastik, letak bawah kerusi. Kotak berterabur atas lantai. Tulang berselerak atas meja. Kalaupun tidak mahu kongsi, beradablah sikit. Jangan buat bilik kolej macam rumah sendiri. Kalau tak tau nak kemas, sila makan di restoran!” gerutu Amran.

Sulaiman segera menyabarkan Amran. “Sudahlah. Jangan maki hamun depan rezeki ni. Nanti apa yang kita kata tu, lekat pada makanan, masuk dalam mulut, dalam perut, jadi darah daging. Kita pula berperangai sebegitu.”

“Kalaulah dia tahu, dia punca wujudnya gambar ni.”

Sulaiman faham perasaan Amran. Malas dia mahu komen apa-apa.

Matanya menatap pinggan berisi dua ketul ayam. Terus sahaja Sulaiman teringat kata-kata Prof. Ismail.

“Gambar dan tulisan, berperanan menceritakan sejuta kisah. Boleh ditafsir dengan beribu makna. Kitalah pencerita itu, kitalah penaksir itu. Cerita dan taksiran kita adalah cerminan hati dan jiwa kita. Mahu cerita yang bagaimana dan mahu tafsir yang macam mana. Terpulang pada diri sendiri. Apabila pulang ke sana nanti, kita yang akan menjawab dengan-Nya.”

Prof. Dr. Ismail adalah dekan Fakulti yang menggalakan pelajar Kolej menggunakan platform media sosial sebagai alat perhubungan, juga sebagai melatih daya kreativiti. Kata Prof. Ismail, medium media sosial adalah alat bantu hati dan terapi jiwa pada zaman millenium ini. Berkesan kepada hati kita dan kepada jiwa yang sama fikrah dengan kita.

Ya! Kata-kata Prof. Ismail terkesan kepada jiwa Sulaiman. Terasa sama fikrah dengan Prof. Ismail yang dihormati serta dikagumi itu.

Sulaiman menaip sesuatu di wall Facebook. Post!

“Tulisan kita mungkin disalah-tafsir oleh orang yang tertutup mata hatinya kepada kita. 
Cukuplah kita rapatkan diri kepada yang sudi memberi cahaya dan menyebarkan wangian bahagia, sampai syurga.”

Amran senyum membaca post terbaru di wall Sulaiman. Penuh semangat dia menekan butang like. Ada sesuatu yang ditaipnya.

“Aku sayangkan kau sahabatku. Sampai syurga.”

"Kisah hari ini akan menjadi sejarah dan lagenda."

Mereka berdua tertawa-tawa. Seronok dapat berkongsi KFC seorang seketul.

Mujur ada WiFi.

....... T.A.M.A.T.........
.

PhD Oh! PhD - Part 8 ~ Thesis Proposal dan Supervisory Committee

$
0
0
Bismillah.

Terakhir aku tulis mengenai perjalanan PhD adalah pada Februari 2013.

Sudah setahun lebih rupanya, kisah PhD tidak aku paparkan di sini. 
Ku sangka cerita PhD ini sekadar untuk kenangan perjalanan pengajianku, rupanya ada aturan Allah yagn lebih dari itu.

Melalui beberapa catatanku tentang perjalanan PhD ini telah menarik mata seorang insan yang sedang mencari cahaya dalam melalui denai PhD ini. Membaca laman ini membuatkan beliau terus mengetuk pintu emailku dan bertanya beberapa soalan dan pandangan. Subhanallah.

Di sini, Allah ajarkan aku satu pengertian besar. 
Makna kalam IQRA' dan NUUN!

Itulah buktinya. Betapa daripada pembacaan orang, tulisanku ini dimanfaatkan untuk permudahkan urusannya. Meski aku tidak pernah tahu, tulisan mana yang paling berkesan di hati pembaca, tetapi aku perlu pastikan satu perkara, bahawasanya apa juga yang aku catatkan di sini, akan aku jawab di sana nanti. 

Allahu Akhbar.

Kepada anda yang menemuiku melalui laman ini, aku doakan kalian dalam lindungan Allah dan sentiasa bijak, sihat, bertenaga untuk memandaikan diri dan bangsa dengan kalam Iqra' dan Nuun. 

----------------------------------------

Sambungan Perjalanan PhD.

Allahu Allah. Alhamdulillah. 
Semalam sudah berjumpa dua daripada tiga Jawatankuasa Penyeliaan. Rata-rata seakan bersetuju dengan rangka kerja cadangan. Khamis depan akan bermesyuarat lagi - mohon Allah permudahkan untuk semua penyelia dapat hadir dan berkumpul.



Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertama, bersedia untuk Comprehensive Exam (CE). Ada 4 kertas yang perlu diduduki! (Jangkaannya pada awal atau pertengahan Mei).

Selepas CE, barulah perbentangan proposal (proposal defend - dijangka awal Jun). 
Selepas itu, barulah buat data collection. 

Allahu Allah! 
Mohon Allah yang Maha baik akan permudahkan segalanya untukku. 
Ameen. 

..................................................................

Penulisan. 

Hehehe. Mahu juga selit di sini bab penulisan ini. 
Setakat hari ini, sudah meletakkan diri untuk beri komitmen kepada 3 komplot:
# Komplot Ke-Syurga ~ Antalogi Cerpen bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot 5 Novelete ~ Antalogi Novelete bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot Cerpen Muzikal ~ Antalogi Cerpen berasaskan lagu bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.

Sedang dalam proses:
# Buku Motivasi (manuskrip sudah sedia ada - tetapi perlu dirombak isi kandungannya);
# Novel Sulung;
# Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak;
# Karya untuk Pertandingan ITBM (kononnya!!!)

Di samping itu juga, sedang merangka modul latihan, untuk umum.
# Modul Latihan - Teknik Kuda Perang ~ Merangka strategi jualan online dan offline.
# Modul Latihan Pengurusan Thesis PhD ~ Rangka penulisan thesis dengan mudah dan cepat. 
# Modul Latihan - Bengkel Penulisan Buku untuk Remaja ~ Menggunakan Teknik 2 watak dan Surah Yusuf.

Tidak sabar mahu ikuti Konvensyen Penulisan 2014 pada 21 Jun 2014. 

.



Aku mahu berjihad dengan jalan yang aku tahu cara dan rentaknya.
Aku masih belajar dan belajar dan belajar - kerana masih banyak lompong tidak tahu yang mahu aku fahami.


Demi Iqra' dan Kalam Nuun.
Demi Allah, Rasul, Islam dan Ummah.

Aku menulis dan terus menulis. 
Mohon ada manfaatnya bersama yang dapat menjadi bekal syafaatku di sana.


Mata kalianlah saksinya. 
Maafkan aku sekiranya tulisan ini compang-camping sifatnya. 


Ya Allah Yang Maha Pemurah. Ampuni dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang. Redai kami, dunia dan akhirat. Izinkan kami berjaya, kaya dan bahagia, sampai syurga. Ameen Ya Rabbul 'alamiin.


 .


PhD Oh! PhD - Part 9 ~ Supervisor Oh! Supervisor

$
0
0
Bismillah.

Perjalanan PhD diteruskan ke langkah seterusnya.

Mengikut perkiraan Semester, aku agak ketinggalan.

Maklumlah, dengan kerja, dengan tugasan pejabat, urusan rumahtangga - masa Semester 3, sempat menambah anak!

Makanya, sekiranya di bandingkan dengan perjalanan yang sepatutnya, pergerakan  aku, memang agak 'slow'!

Sekarang, sudah di Semester 5, baru dapat buat Perjumpaan Pertama Jawatankuasa Penyeliaan PhD.
Aduhai.

Tiga orang pensyarah menjadi Ahli Jawatakuasa Penyeliaan PhD aku adalah:
1- Prof. Madya Dr. Khairuddin Idris;
2- Prof Dr. Turiman Suandi;
3- Prof. Madya Dr. Ismi Ismail.


Perbentangan di mulakan dalam suasana yang santai.
Sangat santai.
Sambil makan lontong dengan kuah kacang dan ayam masak merah.

Lucu mengenangkan apabila Prof. Turiman asyik bertanya soalan dan aku pula asyik meminta dia memberikan penerangan. Ini sessi perbentangan ke atau kelas? hihihi.

Keseluruhannya, OK.
Tetapi tidak lepas untuk menetapkan Peperiksaan Komprehensif (CE).
Prof. Turiman kata, perlu ada perjumpaan ke-2.

Oklah Prof-Prof sekalian.
Jumpa pun jumpalah.

Ini proses saya belajar dan terus belajar.

(Sedang merancang tarikh!)

.

Mengalih Emosi

$
0
0
“Suka sangat tulis panjang-panjang. Meleret-leret. Straight to the point sudahlah”
“Panjang sangat komentarnya. Malas mahu baca.”
“Cuba make itu short and simple.”
“Rajinnya tulis panjang-panjang. Tak penat ke taip?”

*********************
Itu antara sebahagian komentar yang diterima bagi yang membaca entri aku samada di blog (oh, sekarang agak kurang menulis di sini) atau di Facebook (kebanyakan masa sudah beralih di sini).

Kenapa ya?

Kenapa aku suka tulis panjang-panjang?

Entah!

Yang aku tahu, aku suka menulis.
Ada keseronokan ketika bait huruf dicantum menjadi perkataan.

Lebih panjang, lebih seronok.

*********************
Mengalih emosi.


Menulis buat aku bahagia.
Dan bahagia itu aku nukilkan dalam bentuk tulisan.

Menulis adalah hobi, adalah kesukaan, adalah ruang dan peluang mengalih emosi.
Menulis adalah keterujaanku, kenikmatanku, kebahagiaanku.

Apabila lapang – aku menulis.
Apabila sibuk – aku menulis.
Apabila gembira – aku menulis.
Apabila sedih – aku menulis.
Apabila suka - aku menulis.
Apabila marah – aku menulis.
Apabila benci – aku menulis.
Apabila gusar – aku menulis.
Apabila keliru – aku menulis.
Apabila tertekan - aku menulis.
Apabila mengharap – aku menulis.
Apabila sunyi – aku menulis.
Apabila teringat – aku menulis.
Apabila rindu – aku menulis.
(Apabila tidur dan mati sahaja, pasti aku tidak menulis).

Apa sahaja emosi yang sedang aku lalui, aku senang membaitkannya dalam bentuk tulisan.

Menulis menjadi satu luahan yang melegakan hati aku.

Apabila segala rasa bercampur-baur, menulis buat aku rasa lega dan lega dan lega.

Pendek kata, menulis buat aku rasa PUAS! 

*********************

Bahagia dengan memberi.

”Jika begitu, tulis sahaja di buku nota sendiri. Mengapa perlu diwar-warkan?”

Andai soalan itu yang ditanya, jawapanku mudah.

Kerana, kita tidak pernah tahu hati siapa yang ikhlas meraikan emosi kita, melalui tulisan yang kita baitkan. 

Kerana, kita tidak pernah tahu, mungkin ada insan yang membaca, sedang mengirimkan doa untuk kita. Doa dalam diam, dengan mulus, dan doanya itu diaminkan para penduduk langit dan sampai kepada Allah, tanpa hijab. Doa untuk kebaikan dan kebahagiaan kita.

Aku yakin ada mata yang sedang ralit membaca tulisanku. 
Walaupun seorang, aku tahu dia ada di situ. 
Membaca setiap bait, dengan penuh semangat dan cinta. 
Dengan penuh faham akan segala rasa dan makna.  
Dia sudi merai emosiku.
Dia sedang mendoakanku.
Memohon Allah lindungi dan permudahkan segala urusanku.  
Aku yakin itu!

Bukankah hidup ini indah dengan memberi?
Aku memberi insan membaca tulisanku.
Dan ada insan yang sudi memberi doa kepadaku.
Dan memberi bahagia, dengan membaca tulisanku.

Bahagiakan, dapat memberi?

*********************

Azam dan semangat.

Apa juga bentuk penulisan yang aku tulis, yang baik itu adalah ilham dari Allah.
Yang jelek, yang beremosi, jiwa kacau, dan tidak patuh syariah itu, pastilah datang daripada nafsu hati aku yang ketika itu sedang berjalan di depan akal, mengatasi iman tatkala mengalunkan bait kata.

Aku tidak tahu apakah akan didatangkan hikmah atau musibah atas penulisanku ini.

Tapi, aku percaya, Allah berikan ilham menulis kepada aku bukan sia-sia dan tidak datang secara percuma. Pasti ada amanah yang dipertanggungjawabkan-Nya melalui ilham dan kemahiran ini. Allah tahu ini yang terbaik untuk aku.

Aku sentiasa berdoa supaya ada tulisanku, walau sebaris ayat yang mampu memberi manfaat kepada yang membaca.

Sungguh! Aku teringin mahu berkongsi syafaat di akhirat nanti bersama yang mendapat kebaikan daripada penulisanku.

Tulisanku ini mungkin tidak disukai oleh segelintir pihak, tetapi aku terus berdoa supaya Allah izinkan tulisan ini menjadi asbab kebaikan kepada insan-insan yang sudi memahami.

Hanya apabila aku mati, pasti tiada lagi tulisan yang akan aku coretkan.

Ketika itu nanti, pasti ada yang merindui tulisanku.
Pasti ada yang mencari semula apa yang telah aku nukilkan.
Pasti ada yang membaca setiap bait tulisanku dengan penuh emosi.
Pasti ada yang mahu membaca tulisanku lagi dan lagi dan lagi.

Sekiranya orang itu bukan dia, dia atau dia, pastinya mereka itu adalah – anak-anakku, kaum keluargaku dan keturunanku.

Untuk itu, aku akan terus menulis dan menulis.
Dengan apa juga cara, lenggok dan nada bahasaku.

Azam penulisanku adalah – sebagai jambatan meraih redha dan menuju SYURGA-Nya.

*********************

Menjadi Guru, menyebar ilmu.

Hadith Riwayat Muslim menyebut:-
Apabila seorang itu mati, putus segala amalan dunianya kecuali tiga perkara:
i- Sedekah jariah;
ii- Ilmu yang dimanfaatkan;
iii- Doa anak yang soleh.

Setelah berguru, maka aku juga ingin menjadi guru.
Guru yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat.

Apabila ada satu perkataanku yang mendapat tempat dihati seorang insan yang membaca, bukankah au sudah menjadi gurunya? Dan apabila dia menggunakan perkataan dan ayat itu dengan perkara kebaikan, mudah-mudahan Allah izinkan ia menjadi penghapus dosaku yang lalu dan yang akan datang serta menjadi syafaat untukku melalui jambatan syurga. Ameen.

Kata Prof. Kamil, setiap kita adalah guru, dalam kapasiti yang berbeza.

*********************

Membunga rindu.

Sejujurnya, setiap kali menulis, aku menjadi semakin rindukan Allah dan Rasulullah.

Kerana, apabila aku menulis, aku sering berdoa.
Aku mohon ada mana-mana tulisanku yang Allah angkat sebagai amalan kebaikan yang bermanfaat.
Yang Allah izinkan ia menjadi asbab membantuku dalam meniti perjalanan mencari Rasulullah, bagi mendapatkan syafaat Baginda.
Seterusnya, bersama Baginda, menuju syurga firdaus, yang abadi.  
Bersama-sama mereka yang tulus menyintai aku, kerana Illahi.
Ameen Ya Rabbul Alamiin.

DEMI IQRA’ DAN NUUN: AKU TERUS MENULIS.

DEMI ALLAH, DEMI RASUL, DEMI ISLAM DAN DEMI UMMAH.

AKU MAHU MENJADI PENULIS YANG DISAYANG TUHAN.

.

Memujuk emosi!

$
0
0

Sejak selesai peperiksaan komprehensif PhD – Subjek Statistik, aku seolah-olah merajuk dengan diri!


 



Membiarkan post di laman mukabuku terbiar sepi. Tidak bersapaan dengan para sahabat dan saudara wangian syurga pemberi komen yang meninggalkan kata dan doa yang baik. Jeliknya sikap aku!

Hakikat!
Ya, itulah hakikat aku seorang insan. Manusia yang mampu Allah bolak-balikkan hatinya. Ada ketika aku waras memikirkan takdir hidup. Ada ketika aku tewas dengan percaturan yang ditetapkan. Kerap kalinya aku kecundang dengan nafsu yang menyintai keduniaan.

Bagi merawat rajuk diri (siapa suruh merajuk?! Cheh!), aku kembali kepada rutin lama. Melawat blog teman-teman yang bijak berbicara. Yang sedap tulisannya. Yang tarbiyahnya sampai ke hati dan jiwa.

Perlahan aku muhasabah diri.
Betapa aku sering mengingatkan diri untuk meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, jauh sekali menjunjungnya di atas kepala, dan seringkali itu jugalah aku alpa dan menjadi sebaliknya! ALLAHU ALLAH!

MALU!
Sungguh. Malu sekiranya aku ditanya malaikat, apa yang digusarkan sehingga menjadi rajuk yang mengganggu emosi?

Tidak boleh jawab soalan statistik? Apa kesannya? GAGAL? Lalu apa natijahnya? Perlu ulang? Maka solusinya? ULANG SAHAJALAH! APA SUSAHNYA???

Allahu Allah!
Wahai aku, manusia yang lemah. Itu sahajakah dugaan yang buat kau rasa resah? Malunya pada penduduk langit yagn sedang memerhati, mahu didoakan apakah untuk insan sepertimu ini?

Kenapa tidak kau tangiskan saudaramu di Palestin yang dibedil bom dan nayawanya melayang? Mengapa tidak sahaja kau rasa malu kerana rajukmu itu buatkan kau hanya menarik selimut tidur awal di tilam empukmu, sedangkan ada saudara-saudaramu bertungkus-lumus memberi makan kepada saudara-saudara gelandanganmu yang di luar rumah itu?

Wahai aku yang bernama aku!
Cukuplah kau memalukan diri dengan ’prihatin’ kepada masalah duniamu sendiri!
Cukuplah kau menjauhkan diri daripada nikmat Allah dengan menutup telingamu pada permasalahan sebenar umat, Islam dan dunia.
Cukuplah kau memisahkan dirimu dengan akhirat yang sepatutnya lebih kau utamakan!

Kembali kepada fitrah asal kejadianmu. Asbab mengapa kau Allah ciptakan!!!
Firman Allah:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Surah Adz-Dzaariyat 51 : Ayat 56).
Cukuplah! Jauhkan dirimu daripada menjadi hamba Allah yang rugi!

Firman Allah:
“…….Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3 : Ayat 185).
 
Mahukah kau tahu apa yang membuatkan manusia tenteram dan bahagia?

Apabila hatinya mengingati akhirat! Sungguh!

Cubalah hayatinya, wahai diriku!!!


Ya Allah. Berkati kehidupan kami dunia dan akhirat. Redailah kami semua. Hidupkan kami dan matikan kami dalam reda-Mu. Ameen.

.

PhD Oh PhD - Part 10: Peperiksaan!

$
0
0
Sungguh!

Sejujurnya, aku benci bilamana ada perkataan ‘peperiksaan’ pada setiap pelajaran!
Aku suka belajar, tapi aku tidak suka diuji dalam peperiksaan – biarlah ia peperiksaan bertulis yang panjang tetapi yang boleh dibuat pada masa yang tidak terhad. Juga yang dibolehkan merujuk apa-apa sumber rujukan ~ seperti ’take-home-test’.

Paling aku benci adalah peperiksaan yang punyai tempoh waktu, di tempat tertentu dan yang tidak boleh rujuk mana-mana buku (seperti peperiksaan zaman sekolah!)

UPSR, SRP, SPM, STPM, Degree, Master dan terkini PhD, aku melalui setiap perjalanan untuk memperolehi sijil-sijil itu dengan perlu menduduki PEPERIKSAAN!

TENSION TAU!

Tidak ada satu peperiksaan pada mana-mana ketika ujian di atas yang aku rasa senang dan tenang – ada sahaja TENSION dan BINGUNG yang menerpa. Yang paling tidak aku suka adalah ketika MENANTI KEPUTUSAN!

STRESS TAU!

Untuk bergelar ’PELAJAR PhD’, ada ujian-ujian mata pelajaran yang wajib diduduki dan untuk bergelar ’CALON PhD’ juga perlu menduduki peperiksaan-peperiksaan tertentu!!! (Merujuk kepada UPM sahaja! Universiti lain, aku tidak pasti).

Merujuk kepada entry yang lalu (memujuk emosi), YA, ketika itu aku sedang berperang dengan emosi sendiri – kerana baru selesai menjalani PEPERIKSAAN STATISTIK!

Oh ya! Itu antara yang mengundang TENSION & STRESS kepada aku!
Peperiksaan yang berkaitan dengan KIRA-KIRA!

Aku benci matematik. Bukan sedikit anak, tapi sebesar atuk nenek tahap benci aku kepada sesuatu yang bernama KIRA-KIRA!!! (hatta menggunakan kalkulator juga aku tidak suka!)

Sehingga kini, fobiaku pada matematik atau yang seangkatan dengannya masih tebal dan mendalam.

.......

Minggu pertama pendaftaran semester baru 2014/2015 (18 August 2014 – 22 August 2014) merupakan minggu ’maraton’ aku mendapatkan tandatangan / keputusan peperiksaan ujian komprehensif (Comprehensive Exam – CE) daripada para pensyarah-pensyarah @ jawatankuasa penyeliaan.

Terkejut bukan kepalang apabila pada hari Isnin 18.9.2014, aku buka portal pelajar, didapati status TERMINATED (FAILED TO TAKE CE).


HARU-BIRU!

Terus aku telefon GSO (Graduate School), dapatkan kepastian! Mereka minta keputusan peperiksaan komprehensif (CE) untuk tukar status sebagai ‘CONTINUE’.

Baru aku tahu, rupanya, untuk dapatkan keputusan CE, perlu isi borang dan dapatkan tandantangan kesemua pemeriksa kertas dan akhir sekali tandatangan Dekan Fakulti! DOWH!!! (ini bahana pelajar separuh masa yang jarang ke fakulti – mana tahu semua proses dan procudure!!! - apa salahnya 'upload' sahaja borang dalam protal pelajar! haish!)


Pelbagai ’drama minggu ini’ berlaku dalam masa seminggu (panjangnya mungkin melangkaui 5 helai muka surat sekiranya diceritakan perjalanan mendapatkan tandatangan kesemuanya!).

Diringkaskan, daripada 4 pemeriksa, berjaya dapatkan tandatangan 3 pemeriksa – dan ’pending’ lagi satu pemeriksa... dan yang satu itu adalah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STATISTIK! HADOILAAARRR!!!

BERTAMBAH STRESS!

Dipendekkan lagi cerita, GSO Fakulti setuju menerima keputusan peperiksaan komprehensif untuk tujuan pendaftaran mengenangkan ia adalah hari akhir pendaftaran (22 Ogos 2014). Allahu Rabbi.

Pada hari Isnin (25 Ogos 2014), barulah pejabat Prof 'Statistik' call, scan dan emailkan keputusan STATISTIK yang buat aku mahu menangis dan terus menangis! (ini lgi banyak drama minggu ini, boleh buat drama bersiri!! Tidak mengapa, aku abadikan dalam simpanan kenanganku sahaja!)

Baik! Keputusan penuh adalah kesemua peperiksaan LULUS dan boleh sambung belajar!

Maka, status pun sudah bertukar ke 'CONTINUE'!


ALHAMDULILLAH!

Sekarang, sudah di Semester 6 – menanti tarikh untuk ’proposal defend’!

Untuk PhD ini, cukuplah 2 peperiksaan untuk melayakkan (1) sebagai ’PELAJAR PhD’ dan (2) sebagai ’CALON PhD’ – sekiranya ada peperiksaan bertulis ke-3 (di ulang! Peperiksaan bertulis seperti STATISTIK) – MEMANG SUNGGUH, AKU BERHENTI BELAJAR!!!

Cukuplah penderaan perasaan dan emosi pada nama ’peperiksaan’!!!
Aku serik!



.

PhD Oh PhD - Part 11: 'Junior' mohon nasihat untuk pelajar baru Master / PhD?

$
0
0
Bismillah.

Pada 23 Ogos 2014, berkesempatan mengikuti Talk Show - Dr. Othman Talib.@ Dr. OT.

Subhanallah. Banyak perkongsian yang diberikan serta tips menarik untuk pelajar yang mahu sambung Master dan PhD.

Mengetahui teknik dan step yang diajarkan oleh Dr. OT buat aku rasa cemburu yang bukan sedikit kepada para pelajar baru! Sungguh!

Umpama belajar memandu - jika dahulu, zaman aku, kena belajar guna kereta manual - sudahlah tu, kereta buruk seperti opel dan mazda yang rasanya enjin pun sudah mahu tercabut. Sekejap-sekejap semput dan enjin mati ketika mahu tukar gear! Sakit hati!

Sekarang, khabarnya sudah boleh memilih bawa automatik - dan kereta juga baru. Paling tidak pun boleh bawa kancil! Memang jeles tahap gaban!

Begitulah simpulan aku pada pelajar baru yang mahu sambung Master dan PhD sekarang ini, laluan sudah mula mudah dan cerah. Adanya teknik-teknik 1File1Thesis, RFOT, ZDOT (nak tahu apa semua ni, layari blog Dr. OT dan beli buku-buku beliau serta sertai bengkel yang dianjurkan oleh MPWS - yang dikendalikan oleh Dr. OT sendiri!) dan pelbagai ringkasan yagn diberikan oleh Dr. OT memudahkan para pelajar terus masuk gear 3 automatik tanpa perlu tukar gear manual )dan kebarangkalian enjin mati ketika tukar enjin berada hampir di tahap 'NOL'! Sungguh!

Aku yang sekarang di Semester 6 terasa sakit perit dan ngilunya mahu meneruskan saki-baki perjuangan menyudahkan PhD ini. 

Betullah. Setiap perkara menjadi mudah apabila kita tahu taktik dan tekniknya. Jika kita bersedia dengan pelbagai persediaan sejak dari peringkat awal. 

Itu yang tiada dalam senarai aku dahulu.Persediaan 'senjata'!
Aku hanya berbekalkan persediaan semangat - yang akhirnya bisa luntur dek persekitaran dan ujian emosi pada sisi kehidupan lainnya!


Gambar di atas adalah gambar Dr. OT bersama pemenang 3MT (3 Minutes Thesis) - pertandingan yang anda perlu mengemukakan idea thesis anda dalam masa 3 minit dan 'layman person' turut faham apa yang sedang anda 'research'!

Aduhai. Cemburu sungguh pada kepetahan dan kelancaran pemenang itu. Segalanya kelihatan mudah dan tepat! Sepertinya sudah benar-benar 'research' itu SIAP, SEMPURNA!

Semasa rehat, ada 'junior' yang bersama dengan sahabat baik aku, turut makan sekali bersama kami.

Memandangkan aku yang paling 'senior', maka, aku ditanya oleh mereka, apa persediaan yang mereka perlu lakukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Master / PhD.

Kataku kepada mereka, sewaktu mendaftar, pastikan 3 perkara ini dahulu.

3 TIP AWAL PENDAFTARAN!

1- KAWAN! - Kenali siapa yang sama-sama register di semester tersebut. Berkawan-kawan! Berkawan-kawan! Cari kawan. Tambah kenalan. Ambil contact number, email, facebook atau apa juga cara yan memudahkan perhubungan. Cari kawan! Jangan jadi kera sumbang yang rasa boleh berperang seorang diri! (melainkan anda seorang yang gifted - yang boleh berperang sendiri - maka, tidak perlu cari kawan. Pengalaman saya sendiri, saya lemah bila berseorangan!) - Ambil subjek yang sama dengan kawan. Ada manfaatnya nanti.

2- PENSYARAH / SUPERVISOR! - Kenali siapa 'supervisor' / Chairman supervisory committee anda!  Anda perlu kena tahu yang betul dengan bidang kajian anda. Yang anda yakin boleh telefon dan email pada bila-bila masa yagn anda perlukan dan beliau akan menjawab sms/ call/ email anda (secepatnya walaupun tidak serta-merta). Ini penting! Kerana, hubungan anda dengan supervisor ini akan turut menentukan kelancaran perjalanan research anda! Jumpa sekerapnya. Umpama anak yang setiap hari merengek mahu di dukung ibunya, pasti ibu akan beri perhatian lebih kepadanya! Tanamkan 'ingatan' lecturer anda kepada anda supaya anda dalam senarai 'supervisee' yang diingatinya (apabila supervisor kenal anda, tidaklah anda gelabah puyuh bila dapat surat daripada fakulti menyatakan itu dan ini, dan fakulti minta anda dapatkan tandatangan supervisor - kalau tak kenal supervisor, tak pernah jumpa, sekali sekala baru nak tunjuk diri..... maka..... hmmmm).

3- KERANI / STAF FAKULTI! - Ya, mungkin anda rasa ini menjengkelkan! UNTUK APA KENA RAPAT DENGAN KERANI / STAF FAKULTI? Bukannya mahu berurusan dengan mereka pun! YA! Hari ini anda boleh berkata sedemikian. Anda tidak tahu bahawa 'mungkin', akan tiba satu detik dan satu saat, seminit perhatian daripada staff fakulti itu yang akan 'menyelamatkan' dan memudahkan perjalanan anda seterusnya! Berbaik-baik dengan staff fakulti. Segala info terbaru, mohon dimaklumkan kepada anda menerusi email atau sms.

Tips di atas ini KHUSUS untuk mereka yang BEKERJA SAMBIL BELAJAR - seperti aku! Yang disamping kewajipan terhadap tugasan sebagai seorang isteri, ibu, dan keluarga, ada juga tanggungjawab lain kepada tugasan kepada kerjaya dan bertambah lagi sebagai seorang pelajar PhD! 

Cukuplah 3 tip utama itu dahulu. 3 langkah pertama yang perlu dilakukan seawal seminggu pendaftaran di Fakulti! Buat ini dahulu! 

Susahkah mahu buat PhD ini?

YA! TIDAK MUDAH!
TIDAK PERNAH MUDAH!

Tapi, bak kata Dr. OT:
"SIAPKAN TESIS MEMANG SUSAH! BUATLAH DENGAN CARA YANG MUDAH!"

Menarikkan?

Perjalanannya memang payah - tetapi ada jalan dan cara yang mudah!
Bagaimana mahu buat dengan cara MUDAH?

Nanti aku maklumkan di entri lain ya! hehehe. 

Nota:
Lain padang, lain belalang.
Tips ini mungkin berkesan bagi sesetengah orang, mungkin tidak bagi yang lainnya.
Atas risiko sendiri! hehehe. (y)
.

Musafir: Ke Perth – Pre-Entry

$
0
0
Bismillah.

Trip ke Perth - 2014 - Siri 1.
-----------------------------
.
Trip dalam atau Luar Negara memang menjadi antara acara wajib bagi Kelab Sukan dan Kebajikan AHB (KESKAH) - ofis aku ini.

Setiap tahun (sejak penubuhan Kelab), aku sentiasa ‘melarikan’ diri daripada menyertai aktiviti sebegini. ’Kebetulannya’, setiap tahun itu juga aku punya alasan tersendiri untuk TIDAK MENYERTAI aktiviti ’office trip’. Alasan aku adalah, 'mengandung – beranak – anak menyusu'– dan ketiga-tiga alasan ini sangat relevan kerana... memang pun, aku kerap beranak je!!! Huhuhu.

Tahun ini, aku tiada pilihan apabila rancangan trip diselenggarakan seawal tahun. Tiada alasan munasabah atau sarawak apatah lagi semenanjung yang membolehkan aku ’menidakkan’ untuk bersama trip kali ini. Tambahan pula, ke Perth, Australia!

Hati memang berbelah bahagi. 85% - TIDAK MAHU PERGI! 

Alasan utama aku adalah – ANAK-ANAK! 

Sungguh, sebagai seorang isteri serta Ibu yang Allah amanahkan empat orang cahaya mata, itulah alasan UTAMA aku! 

Sehingga tahun lepas, aku tidak pernah berpisah malam dengan anak-anak, sejak hari pertama mereka dilahirkan! Biarlah aku kerugian untuk tidak ke mana-mana trip tetapi untuk meninggalkan anak bersama suami, tanpa aku di sisi – AKU TIDAK SANGGUP! TIDAK SESEKALI!

Tapi, tahun ini, Allah takdirkan aku untuk berjauhan sedikit dengan anak-anak dan meletakkan tanggungjawab kepada Tuan Suami untuk menjaga amanah-amanah itu tanpa aku, seketika! (Oh, sebenarnya ini yang ke-dua untuk tahun ini. Pertama kalinya adalah ketika PERKAMPUNGAN PENULISAN NOVEL - tetapi itu, sekadar di Melaka... hehehe. Ketika itu juga, aku masih punya pembantu rumah!).

Allahu Allah! 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sementelah pula, dua minggu sebelum aku berangkat ke Perth, Australia, pembantu rumahku tidak pulang ke rumah setelah diberi cuti bulanan selama 2 hari! (yang ini yang baru aku ambil - pembantu rumah yang lama sudah pulang sebaik habis permit!),

Aduhai! Bagaimana ini?

Untuk meninggalkan suami bersama anak-anak sendirian di rumah, adalah perkara yang mustahil!

Untuk membatalkan percutian KESKAH, perlu membayar jumlah tiket dan penginapan yang telah dibayar oleh Kelab. Aduhai! Aduhai!

Keputusan yang diambil adalah:
1-     Anak-anak tidak bersekolah selama aku tiada (10-14 / 9 / 2014);
2-     Suami dan anak-anak tinggal bersama keluarga kakak aku, ditemani mak dan ayah aku di rumah kakak aku di Bangi;
3-     Suami juga tidur di rumah kakak aku untuk membantu menjaga anak-anak sehingga aku pulang pada hari Ahad, 14/9/2014.

Kering darah apabila pembantu rumah aku tidak pulang ke rumah pada 1/9/2014!

Pengalaman paling ’ngeri dan menyedihkan’ adalah apabila pada pagi Selasa, 2/9/2014 – aku terpaksa ’memontengkan’ persekolahan anak sulung (9 tahun) dan kedua (7 tahun) untuk menjaga adik-adiknya (anak ke-tiga, 2 tahun dan ke-empat, 1 tahun) – dan meninggalkan mereka berempat di rumah, SENDIRIAN! – sementara menanti suami pulang daripada menghantar aku ke pejabat! (kenapa perkara itu terjadi, biarlah kami suami isteri sahaja yang tahu – BENAR, pelabagai ’cara’ boleh dikatakan oleh orang untuk kami lakukan, tetapi, permasalahan KETIKA itu, hanya kami berdua, suami isteri ini yang sedia maklum!!!)

BERHENTI pada kisah pembantu rumah yang lari – InsyaAllah, ada hikmahnya yang kami tidak nampak hari ini. Aku mahu terus bersangka baik dengan takdir Allah.

Malam 9/9/2014 – Berangkatlah aku ke KLIA2 pada jam 8.00 malam. Langkah yang sangat berat mengenangkan amanah-amanah kecil yang terpaksa aku tinggalkan itu. 



Sungguh! Aku serahkan mereka sepenuhnya pada jagaan dan peliharaan Allah, sebagaimana selalu dan setiap hari, aku menyerahkan diriku dan ahli keluargaku dalam genggaman dan takdir Yang Maha Berkuasa.

Sekuat daya, seteguh hati, aku melangkah dengan langkah seorang musafir. Yang mahu mengintai dan meneroka sebahagian lain ciptaan Tuhan yang Agung – menjejaki tanah di bumi asing yang tidak pernah aku jejak selama hayatku.

Tidak putus aku berdoa, permusafiranku ini memberi hikmah yang banyak. Ku mohon taufik dan hidayah-Nya, kepada si kerdil hina yang banyak dosa ini, untuk menikmati keagungan ciptaan-Nya di alam fana yang sementara ini.

Dengan lafaz Bismillah dan Tawakaltu’Allallah, aku melangkah!


Perth, Australia – tanahmu ku jejak!

.

Musafir: Ke Perth – Day 1

$
0
0

Bismillah.


Trip ke Perth - 2014 - Day 1
-----------------------------

Penerbangan sampai 5 minit awal daripada waktu jangkaan (5.30am). 
Jam 5.35am sudah berada dalam perut Terminal Perth International Airport.

Airport pick up sudah sedia menunggu. Jam 6.30pagi sudah cerah dan sibuk seumpama jam 7.30pagi waktu Malaysia. Matahari sudah mula menyinar. 


Sesampainya di rumah penginapan, masing-masing cari ‘port’ untuk landing! Rehat dan bersihkan diri (mandi ler… apa lagi!)




Usai mandi, perut lapar! Masa untuk cari breakfast.


Jalan daripada rumah ke Westfield (dalam 10-15 minit berjalan kaki – tapi, sebab jalan ramai2, tak rasa sangat penatnya!)
 Sampai di Westfield – lepak di salah satu restoran yang buka (nak makan di Nando’s tapi masih tutup). 
Masa makan, kebetulan pasaraya tersebut buat ’fire testing’... kami yang tengah sedap makan, ’terbangak-bangak’ nak bangun atau tidak, sehinggalah ’Fire Marshall’ dia datang kepada kami dan kata’You may continue your meal, this is just a test’... FUH! Selamat. Kalau tidak, rugi breakfast yang bernilai lebih kurang ’RM30.00-RM50.00’ Malaysia, okeh!

Habis breakfast – SHOPPING TIME!
Strawberry sangat murah! 2 paket AUD5.00 – Buahnya besar dan manis! Syoknya.
Tapi, yang paling heaven adalah.... shopping 2 bakul penuh, hanya bernilai AUD175.00!!!

WHAT?????

Kalau kat Malaysia, 2 bakul penuh barang dapur macam tu (yang selalu aku shopping dengan Cik Abang kat Giant ni la...), harusla RM500-RM600!!!

Maksudnya, kalau ‘convert’ duit mereka ke duit kita sekalipun, TETAP, shopping tempat mereka lebih murah daripada aku shopping selalu kat sini! (Masa ni datang fasa pertama yang kengkonon rasa nak ‘migrate’ ke Perth ni… hehehe).

Dek kerana banyak berjalan dan melayan mata dengan harga barangan, sempat pulak kaki mak buyung ni cramp! Aduhai.

Baiknya mat saleh kat sini!
Masa aku tengah mengerang sakit kaki, ada seorang perempuan berlari daripada kedainya dan papah tangan aku. Dia minta office mate (Yasir) ambil kerusi daripada kedai makan berhampiran dan beri kepada aku! Aduhai – terharunya.

Mereka sangat berbudi bahasa. Malah, orang kedai yang kami ’kidnap’ kerusinya, langsung tidak berkata apa-apa, dan biarkan sahaja aku duduk (tanpa perlu order minuman atau makanan di kedainya).

Oleh kerana kaki aku cramp dalam jangkamasa yang agak lama, maka aku tidak berjalan ke mana-mana. Tidak sempat meninjau kedai-kedai beg, kasut dan sebagainya. Malah, ke kedai halal-mart pun tidak dapat pergi (hikmah di sebalik kaki yang cramp, jimat duit aku untuk tidak shoppping di sini – hanya sempat beli sekilo lebih anggur segar bugar dengan harga AUD9.00).

Balik daripada Westfield, tak larat mahu jalan kaki dengan beg makanan yang banyak. Terus panggil teksi! Kena AUD8.00.

Sebaik tiba di rumah, terus masuk dapur (memangnya rumah kami, buka pintu je, sudah masuk dapur!!!) – apa lagi, masaklah! Semua nak makan tengahari ni!
(Chef campak-campak! Hahaha)

Usai makan tengahari, solat dan rehatkan diri – sambung aktiviti berjalan.

Kali ini mahu ke Perth City!

Oleh kerana ’rusa baru masuk kampung’, maka memang tidak tahu apa jalan yang patut digunakan.

Mula telefon talian hayat (rakan-rakan yang lain cuba mencari jalan dengan menelefon teman-teman yang terdekat).

Katanya, ada stesyen keretapi berdekatan.

Maka, MENAPAKlah kami mencari stesyen keretapi. Ya, benar-benar MENAPAK!
Dekat 25 minit kami menapak, baru sampai ke stesyen keretapi yang dimaksudkan! (Berpeluh weihhh! Gila jauhhhhhh! Mau lenguh lutut dan kebas tapak kaki... huwaaaa) – Nasib baik udaranya sejuk – walaupun tengahari, anginnya buat kita rasa segar dan tidak berpeluh.

Di train, satu hal pula berlaku! Stesyen train mereka ini sangat tidak ’user friendly!’ – Sudahlah tidak ada kaunter tiket atau orang yang menjaga tiket, mesin duitnya pula hanya menerima duit syiling SAHAJA!


Kami ni kan baru sampai! Mana nak cekau duit syiling, semua duit puluh-puluh, ratus-ratus sahaja! Aduhai! Aduhai! Mujur ada seorang rakan sekerja yang ’pecah tabung’ keluarkan semua syiling dia (dia sudah menjangka perkara ini sebab dia pernah datang ke Perth sebelum ini!). Maka, pakat pinjam meminjam la. Seorang AUD4.40 untuk ke Perth City daripada Canninton Station.

 (Mak buyung duduk di kerusi ’priority seat’ – bolehlah kan? Hehehe).

Sampai di Perth City sudah jam 5.00 petang – berseleraklah berjalan, masing-masing dengan hal masing-masing. Jam 6.00 petang berkumpul semula di tempat yang dimaksudkan.

Di sini, sempatlah singgah Australian Souvenirs Shop – beli satu dua item. Berjalan lagi, ada Aussie Souvenirs Shop juga, tapi kedai orang Vietnam – barangan yang sama dengan kedai pertama tadi, tapi harganya SETENGAH harga MURAH daripada kedai pertama! Cheh! Cheh! Cheh! MENYESAL BELI KAT KEDAI FIRST TU!!!!!

Oleh kerana jam sudah hampir ke pukul 6.00petang, maka tidak sempat mahu shopping banyak2. Dalam hati sudah simpan hajat, mahu datang lagi dan beli barangan yang sudah ada dalam anganan di kepala! Mesti datang lagi kedai Vietnam di Perth City ini! MESTI! ***(Azam untuk HARI TERSEBUT!!!)

Balik ke rumah di Canninton, naik bas No. 202 - 2 Zone dari Perth City. Sudah tahu cara naik bas dan cara bayar tambang... hehehe.
Balik rumah – lapar!
Masak lagi!
Masak nasi goreng sahaja.
Senang, cepat dan kenyang!

 Settle masak, masuk bilik, REHAT!

…. Usai solat, mandi dan rehat, kaki terasa sangat lenguh!

Syukur ada rakan sepejabat sudi menghulurkan tangan untuk memicit kaki, thanks cik siti sayang.... hehehe... (terkenang dan terbayang, andai di tanahair, Cik Suami dan anakanda sulung lah yang selalu melaksanakan ehsan tersebut... picit kaki.... hehehe....), kemudian, TIDUR!


.

Musafir - Ke Perth : Day 02

$
0
0
Bismillah.

----------------------------- 
Hari ke-2 di Perth!

Dalam ‘travel itinerary’, hari kedua ini, trip pejabat akan ke Caversham Wildlife Park dan Pinnacles Dessert.

Oh! Oleh kerana Tuan Suami pernah ke Perth sebelum ini, maka beliau memberi ’amaran keras’ supaya aku tidak mengikuti trip ini kerana ia mengambil masa yang panjang(seharian) dan itu boleh membuatkan badan aku kepenatan. 

Bukan apa, kondisi mak buyung ni, cepat penat, cepat lenguh dan kaki mudah cramp! Kata Tuan Suami, kasihan kepada rombongan dan rakan-rakan lain sekiranya mereka lewat atau tergendala rancangan kerana aku (terutamanya jika ada kemungkinan aku akan ’mabuk’ sepanjang perjalanan yang panjang – mahu muntah atau perlu ke tandas sekerap waktu. Jarak dari tempat penginapan ke tempat-tempat tersebut memakan masa berjam-jam lamanya).

Mengambil kira nasihat daripada cik abang, maka aku memberitahu ketua projek bahawa aku tidak akan menyertai trip ini – dan hanya akan berehat di rumah (sambil berangan mahu sudahkan beberapa bab penulisan aku – KONONNYA!)

Oleh kerana aku tidak mengikuti trip ini, maka aku dengan suka-rela-hati menawar diri untuk sediakan bekal makanan kepada rakan-rakan sekerja (di sini, subuhnya awal... jam 7.00am sudah cerah terang benderang di  luar rumah!)

Menu bekalan mereka adalah – Bihun goreng dan burger ayam. 
  
 (Chef campak-campak sedang menyediakan bahan, dibantu rakan setugas yang lain).

Usai mereka keluar, aku pun dengan semangatnya keluarkan laptop... seketika, terpandang buku ’Chicken Soup for the Soul’, pun terasa nak baca... sedap-sedap lepak atas katil, terasa ’nyaman dan selesa’ pula... suasana hening dan sunyi dan santai... 


Akhirnya, ambil keputusan, tidur... arghkahkahkahkah.... (Cheh! Cheh! Cheh!)

Lelap seketika, kemudian terjaga. Perut lapar.
Makan sekeping roti dengan cheese dan masuk semula ke bilik.

Mood menulis tidak kesampaian!
Habiskan masa dengan baca buku ’Chicken Soup for the Soul’.

Usai membaca beberapa bab, terasa mahu menjengah keluar rumah.

Konon mahu ambil angin di luar.
Buka pintu rumah, kelihatan keadaan luar agak sunyi dan panas. Melangkah keluar, OUWHHH... sejuknya angin!
 
Masuk semula ke dalam bilik daaaaannnn..... sambung tidur! Kuikuikui.


**************
Rakan-rakan yang lain sedang berlibur di Caversham Wildlife Park dan Pinnacles Dessert. 

Sempat juga mereka ke Lautan Hindi (oh, ada yang berdoa supaya kapal MH370 muncul, pasti mereka menjadi orang pertama yang menemuinya... Aduhai... Aduhai... hihihi).

(Gambar berlatarkan Hindi Ocean)

Teman-teman di Caversham Wildlife Park.


Mereka melawat zoo yang besar, memberi makan kanggaroo, menyaksikan persembahan mencukur bulu biri-ciri, melihat binatang-binatang seperti keldai, burung dan pelbagai lagi – sayangnya, tidak sempat menonton persembahan koala.






(Gambar-gambar di Caversham)

Dari Caversham, mereka ke Pinnacles Desert Discovery
Melihat batu-batu dan pasir keemasan. 

 (Gambar-gambar di Pinnacles dan Sand Boarding)

Sekali lagi sayang, terlepas peluang bermain luncur pasir di tempat Sand Boarding kerana hari sudah lewat.
 
 
Tapi, Kumpulan 2 (hari yang lain) berpeluang bermain luncur pasir ini.



(Antara rakan-rakan pejabat dan rombongan dalam Kumpulan 2)

Permandangan WAJIB ambil gambar (yang sering di ambil oleh para pengunjung), adalah permandangan Kota Perth di waktu malam. Cantik!


Dan, mereka sampai di rumah pada jam 10.30malam... hehehe (nasib baik tak ikut... kuikuikui).

Oh ya. Ada hadiah kecil yang diberikan oleh rakan sepejabat kepada saya.
(Thanks Kak Lin yang baik).
Aduhai... terharunya....



Fridge magnet – Gambar batu-batuan di Pinnacles.

Tidak banyak yang dibualkan. Masing-masing sudah keletihan.

Esoknya, menanti rakan-rakan sepejabat dari Kumpulan 2 tiba bagi meneruskan aktiviti serterusnya. 


.

Musafir ke Perth : Day 03 & 04

$
0
0
Bismillah.


*********************


Hari ke-3 dan ke-4.

Kumpulan ke-2 sampai pagi hari ke-2 kami di bumi Aussie ini.

Maka berkumpul rakan-rakan pejabat yang akan meneruskan aktiviti.





Berjalan-jalan menuju ke Melbourne Cafe - untuk breakfast.




Sempat ber'posing' sebelum meneruskan perjalanan ke King's Park. 

Permandangan sepanjang hari melewati kehijauan King's Park.






Tiada apa yang istimewa bagi seorang yang 'kurang menghayati dan menyintai' kehijauan bumi! hikhikhik.

(maaf ye... saya seorang yang 'alah' untuk beraktiviti panas dan sekadar melihat permandangan pokok... kalau laut, sungai atau berkaitan air - yes, saya suka!).

*****************

Hari ke-4, kami ke Fremantle. Tempat untuk borong kacang-kacang atau sourvenier.

Tapi, harganya agak mahal sedikit (tapi tidak semahal di Perth City!!! grrr.... grrrr...).






Tempat yang paling "HEAVEN" untuk membeli-belah adalah E-SHED MARKET. Bersungguh aku 'memborong' menghabiskan sisa duit yang berbaki (esoknya dah nak balik!). 

Uncle ini adalah ownernya. Bertentangan dengan kedai Uncle Megabest Product ini adalah toko Bu 'Ade (nama kedainya Aussin - kata mereka yang beli di sini, harganya masih boleh runding dengan auntie Indonesia itu). 

Apapun, aku malas nak jalan-jalan dan belek harga. Asal dapat beli buah tangan untuk suami dan anak-anak serta anak buah, cukuplah memadai (fakta sebenar adalah - DUIT DAH HABIS WEIIHHH!!!)



OH! Ini adalah kereta uncle Megabest di atas ini. SEMPOI bak hang!.


Perjalanan di tutup dengan makan tengahari di Cicerello's. Sebuah kedai makan yang 'harus tuju' kata orang yang pernah datang. Untuk menikmati makanan laut yagn HEAVEN (kata mereka).

Tapi jujurnya, tekak aku merasakan bahawa ianya BIASA sahaja.
Kalau menyatakan tentang seafood, rasanya, lebih sedap dan enak IKAN BAKAR PARAMESWARA MELAKA.... hihihi... (Maaf ye. Jangan terasa bagi sesiapa yang gemarkan makanan laut di Perth ini). hehehe.







Ada teman-teman yang menyatakan bahawa satu lagi kedai, namanya Kailis Fish Market Cafe - pun sedap fish & chipsnya - tapi, bagi aku, biasa sahaja. Opss... again, SORRY.

Permandangan di sini, oklah. Lagipun di Malaysia pun banyak laut, jadinya, tidak menjadi satu yang teruja bebenor bagi kita yang biasa lepak bercuti di laut ni. 





Lepas makan, aku sudah terpisah dengan group pejabat. Mak buyung sudah tidak mampu bertahan lagi untuk berjalan. Kaki sudah lenguh. Kepala nampak bantal! huwaaaa...

Jadinya, aku pulang dengan seorang sahabat pejabat. Naik train. Tiba di Perth City, naik bas. 


*****************

Hari ke-5 - MASA UNTUK PULANG!

BALIK! BALIK! BALIK!


Subuh hari di lapangan terbang Perth.
Sementara menanti boarding - habiskan masa dengan pembacaan.


Atas flight - usai gambar ini di ambil dan menikmati Nasi Lemak Pak Naseer - aktiviti seterusnya adalah TIDORRRRRR.... zzzzzzzzzz..... hehehehe. 


Selamat sudah sampai ke Tanahairku tercinta... hihihi.


*************************************************

Sungguh lama membiarkan sambungan entri ke Perth ini tertangguh.

Begitulah dunia penulisan, apabila ditinggalkan seketika, ia akan menjadi proses peninggalan yang agak lama – dan malas itu akan menjelma. 

... dan boleh dilihat daripada rentak bahasa, keterujaan menceritakan peristiwa ini sudah kian malap. Sekadar mahu menghabiskan cerita.

....
TAMMAT perjalanan Perth 2014!



Perubahan dan Pertambahan

$
0
0
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..

Lama tak bersiaran di ruangan maya ini.. banyak perkara lain yang menjadi priority yang membuatkan ’mood’ untuk ke sini agak mendatar..

Lebih kurang 4 bulan ruangan ini terhenti setakat entri lalu tanpa sebarang catatan baru sedangkan banyak peristiwa ’baru’ yang berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 4 bulan ini..

(hmm.. termasuk template blog juga telah berubah.. yang agak terkial-kial jugak aku nk post entri.. Apabila KEBIASAAN mengalami PERUBAHAN, akan ada sedikit 'KETEGANGAN' dan 'KESULITAN' yg terjadi di situ!!...)

Abaikan pasal template blog yg baru ni.. ubah ke kisah lain..

Kisah 1: Kelahiran cahaya mata ketiga.. Alhamdulillah.. Jumaat 30.03.2012, seorang lagi ahli syurga telah Allah anugerahkan kepadaku.. seorang putera.. Muhammad Zharif (moganya anak ibu ini diizinkan Allah menjadi tahfiz / hufazan Al-Quran dan hadis.. ameen)..


(Zharif kini dh nak masuk 4 bulan..)

Zaqwan dpt geng... Nureen ’sempat’ merajuk sekejap sebab nama zharif dgn zaqwan ada persamaan... M.Z (Muhammad Zaqwan dan Muhammad Zharif) – secara kebetulan je pon! .. itupun Nureen yg pilihkan nama Zharif.. last2 baru dia perasan persamaan tu.. pastu nak merajuk pulak sbb nama dia N.F (nampaknya kena bagi ’geng’ dekat si kakak pulak la lepas ni.. hihihihi..)

Kisah 2: Pertambahan ahli keluarga baru (dapat adik ipar perempuan, menantu perempuan pertama dalam family Yahaya-Zakiah)..

Adik bongsu aku (Jefry) selamat melangsungkan pernikahan dengan Intan Norsafuraa.. Mak dapat menantu perempuan pertama dalam keluarga (bestnya raya tahun depan ada tambah geng kat dapur.. hihihi)..


Firman Allah:
”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kebesaran Allah)”- Al-Quran Surah Adz-Dzariyat 51 : Ayat 49

Sungguh benar janji Allah.. Jodoh itu ketentuan-Nya..
Seorang di Sabah (Jefry) dan seorang di Negeri Sembilan (Intan), di Selayang mereka dinikahkan dan di Kulim Kedah, majlis sambut menantu di adakan.. pertemuan merentas 4 Negeri..

Uniknya pasangan ini, mereka saling TIDAK MENGENALI di antara satu sama lain.. jodoh aturan keluarga... YA!, masih wujud lagi anak-anak muda yang akur dengan pilihan keluarga.. Perkenalan yang diaturkan oleh keluarga mengambil masa dalam tempoh 3 bulan sahaja, kedua-dua keluarga setuju dan mereka pun disatukan.. MUDAHKAN JODOH MEREKA.. Alhamdulillah...(takde chance la nak ’dating’ segala bagai, sorang kat Sabah, sorang kat Negeri Sembilan.. ’dating’ thru facebook + skype + sms + telefon je la... hihihihi)..

Yang lain2.. apa lagi ya yang baru?..

OH YA!!...

Pertambahan LEMAK!!.. (iieewwwww)

Terdapat lemak2 yang baru dalam badanku... yang pada masa berpantang dulu tak wujud tapi setelah habis pantang, BERTAMBAH dengan mendadaknya.. OWH!!... OWH!!... OWH!!...

Takpe.. lupakan pasal berat badan yang bertambah.. (salah sendiri, sendiri la tanggung!!!!...)

Masuk ke fasa yang amat dinantikan oleh seluruh umat islam.. RAMADHAN..

Syukur Alhamdulillah.. berkesempatan lagi menikmati Ramadhan kali ini.. Moga Allah berikan pengampunan kepada kita, moga Allah sudi menerima taubat kita semua, moga Allah permudahkan segala urusan.. dan semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.. Ameen..

Sepanjang pembacaan, aku temui hadis-hadis menarik untuk dikongsi bersama juga sebagai motivasi diri untuk lebih banyak beramal di bulan puasa ini.

.......................................

Sabda Rasulullahi Salallahu Alaihi Wassalam:

"Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (Hadis Riwayat Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)

“Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

...................................................................

Peringatan untuk diri :
JAGA MULUT! usah menilai orang!!.. lebihkan menilai diri sendiri!!!..
JAGA PERUT! – tgk mesin timbang.. lemak lama tu pon tak habis kikis lagi!!..
JAGA MATA + LIDAH! – banyakkan melihat dan membaca bahan bacaan yang berunsur ilmiah – PUT A FULL STOP utk yg berunsur umpatan, kejian, tohmahan, fitnah, gosip serta yang melaqakan.
JAGA TELINGA! – sama seperti jaga mata + lidah!.
JAGA LANGKAH! – NO to pasar ramadhan (dh 2 tahun kekal pegang rekod bersih tanpa ke pasar ramadhan utk berbuka – masak di rumah shj – HOME MADE – FRESH FROM KITCHEN – kecuali bila balik kampung!! – sebab mak yg masak!!).
JAGA TINGKAH! – perbanyakkan amalan baik yg dapat mengutip pahala yang telah dijanjikan Allah gandaannya di bulan puasa ni.. moga bisa meraih redha Allah.. Ameen.
JAGA HATI! - banyakkan berzikir.. banyakkan DIAM!!..


* Dalam banyak peristiwa bahagia, ada juga terselit resah dan duka.. hmmm... tapi.. takpe.. setiap kejadian itu tidak Allah jadikan dengan sia-sia.. pasti tersembunyi hikmah yang banyak... Innalillahi Wainna ilaihi raajiuun.. Allahumma ajurni fi musiibati wa akhlif lii khairan minha.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. La hau la wa la quwata illa billah..


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.




PhD Oh PhD – Part 12: Deferment (Penangguhan)

$
0
0
Bismillah.

Dalam perjalanan mencari ilmu dan untuk segulung ijazah PhD, diam tak diam, sudah 3 tahun aku menempuh denai, lurah, lembah, bukit dan alurnya.

Sekarang aku sudah di Semester 6.
 
Hari ini aku menerima email memaklumkan permohonan ‘deferment’ aku untuk semester depan (semester 7, tahun ke-4) diluluskan.

Lega?

Entah. Berbaur rasa sebenarnya.

Ya lah. Sepatutnya aku sudah masuk ke semester ke-7, tinggal lagi 2 semester sahaja sekiranya mengikut ‘jadual’ UPM, aku sudah perlu graduate (graduate dalam masa 4 tahun pengajian).

Tetapi, dengan deferment ini, dengan ‘ketenangan’ meniti hari menanti kelahiran anak ke-lima ini, dengan rasa santai tanpa bersalah untuk tidak langsung memikirkkan perihal thesis dan jurnal PhD, membuatkan aku rasa begitu YAKIN & PASTI bahawa aku tidak mampu untuk graduate ‘ON TIME’ seperti yang ditetapkan UPM (8 semester untuk PhD).

Sudah melepasi semester ke-6, tetapi aku masih BELUM:
1-     Proposal Defends;
2-     Publish Journal;
3-     Pilot Test;
4-     Data Collection (dah belum proposal defends dan pilot test, mana nak datangnya collect data!!!! Grrrr….)

Sekarang ini, aku sekadar ‘follow the flow!’

Momentum untuk penulisan PhD semakin menurun.

Bukan kerana tidak suka, TIDAK!

Kecintaanku untuk menggali ilmu dan menulis thesis dan jurnal tetap berada di tangga atas – cumanya, dalam hirarki penulisan, untuk menulis thesis, ia jatuh ke tangga ke-3 (alasan!)

Kenapa begitu?

Kerana aku benar-benar tidak dapat fokus kepada perihal penulisan akademik yang memerlukan penaakulan yang tinggi dan masa menulis yang panjang.

Sekiranya menulis thesis umpama menulis di blog, tulislah apa yang mahu, berapa kajang yang suka, sesedap rasa dan jiwa, tanpa perlu rujukan, kesahihan fakta atau data, aku YAKIN DAN PASTI, sejak semester 1 aku sudah siap mengarang 30 artikel dan semester ke-2 sudah VIVA. Hahahaha (maksudnya, betapa aku bahagia dan bebas menulis benda merapu! Kihkihkih).


*********************

Berpindah rumah, mengandung dan menanti kelahiran.

Ini mungkin dalam kategori ALASAN, tetapi ini antara alasan yang paling tepat mengapa penulisan PhD aku tersangkut tanpa progress!

Perkara yang berlaku pada ’semester’ ini buat aku langsung tidak fokus pada tugasan PhD aku.

Disahkan mengandung (anak ke-5) pada pertengahan tahun lepas, berpindah rumah dari Cheras ke Bangi pada penghujung tahun lepas dan menanti kelahiran pada pertengahan bulan February ini, benar-benar buat aku hilang tumpuan untuk melaksanakan apa-apa tugasan PhD – waima untuk hantar borang pengesahan lulus Peperiksaan Komprehensif ke pejabat GSO dan membuat tempahan masa untuk sessi proposal defends pun, aku tidak laksanakan! Allahu Rabbi.

2014 menyaksikan kehidupan yang agak kalut dalam hidup aku. Ada masa aku hilang arah, hilang punca, malah, rasa down yang terlalu amat. PERIT!

*********************

Kembali fokus.

Aku tidak tahu bila, tetapi aku mohon supaya Allah bantu aku untuk kembali fokus dengan pengajian PhD serta dipermudahkan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih teratur sehingga SIAP!

Aku daftar PhD pada pertengahan tahun 2011 – tetapi terpaksa ’defer’ Semester 1 kerana mengandung anak ke-tiga. Seorang putera selamat dilahirkan pada 30.03.2012.

Aku sekali lagi disahkan mengandung, anak ke –empat. Pada Semester ke-4, aku selamat melahirkan seorang puteri pada 09.06.2013, iaitu selang 3 hari selepas tamat peperiksaan akhir subjek Multivariate Statistik! (Kawan-kawan kelas sedia membantu memohon doa supaya bayi ini lahir selepas habis peperiksaan, kerana aku kerap diserang ’false alarm’ semasa menghadapi hari-hari peperiksaan akhir. Hihihi).

Dan kali ini, pada tahun ke-tiga menuju tahun ke-empat pengajian, aku bakal menimang seorang lagi putera (anak ke-5). Allahu Allah.

Teringat kata-kata para lecturer / supervisory committee member PhD aku. ”Cepat siapkan PhD tu, kalau tidak nanti berderet lagi yang keluar!”

Aduhai! Aduhai! Aduhai!

Cukuplah 5 orang ini. Tiga tahun buat PhD, sudah 3 orang anak lahir. Hahahaha.

Rekod untuk diri sendiri! Kehkehkeh.

Aturan Allah itu maha sempurna dan tidak ada yang sia-sia. Aku yakin itu.

Maka, aku akur dengan takdir ini. Aku berazam untuk mengurus-tadbir takdir ini sebaiknya. Mohon Allah permudahkan.

InsyaAllah, aku akan mula beri tumpuan kepada pengajian PhD ini selepas berpantang nanti. Mohon Allah izinkan. Amin.

Sekarang – tunggu sahajalah detik kelahiran seorang lagi putera, amanah Illahi, cahaya mata yang ke-lima dengan tenang setenang-tenangnya. Hihihi.

*********************

Ya Allah. Aku mohon reda-Mu Tuhan. Redai kami, hamba-hamba-Mu. Amin. 

#ceritakaktiny
#PhDkaktiny
 

Inspirasi Hidup: Kisah Sahabat Wangi

$
0
0
Bismillah.

Kerana Kita Hamba.
.
.
“Rezeki Allah tidak pernah terlewat atau dipercepatkan. Semuanya teratur pada kadar masa yang ditetapkan-Nya. DIA yang berhak memberi dan menahan tanpa bantuan mahupun pertolongan sesiapa. Kuasa yakin dan doa hamba yang memungkinkan segalanya diubah, mengikut kehendak dan izin-Nya.”

.
.
Semalam saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat wangi. 

Sungguh, jujur dari hati, saya bahagia mendengar berita bahawa beliau mahu berpindah dekat dengan kejiranan saya, Bangi.

Semasa awal perkenalan, kami sama-sama tinggal di Bandar Tasik Selatan.
Berkenalan di UPM, mengambil bidang pengajian yang sama. Master HRD.
Alhamdulillah, kami diizinkan Allah graduate bersama (9 Ogos 2009).
Sekarang, kami sama-sama meneruskan peringkat PhD dalam bidang HRD juga.

Setelah saya berpindah ke Bangi, beliau juga menyatakan hasrat untuk pindah ke Bangi. 
Demi kemaslahatan si puteri bijak pandai yang dicintainya (Bangi banyak sekolah tahfiz).

.
.
**********************
Apabila ’rezeki’ itu Allah mahu kurniakan kepada hamba.
**********************

Apa yang diceritakannya semalam sangat terkesan di hati saya. 

Mengenali dirinya dan sedikit sejarah lampau dan kisah hidup beliau, hati saya tersentuh. Rasa kecintaan dan kehambaan kepada Allah semakin menebal.

Rumah berharga lebih RM5xx,xxx-xx yang dilihat pada hari ahad lepas, mendapat persetujuan suami. Dan pada hari selasa, beliau sudah bayar downpayment, booking rumah yang dimahukan.
.
HOHO! Begitu mudahnya. Alhamdulillah.

Sekiranya peristiwa semalam itu di’sembang’ pada 15-20 tahun lepas, pasti beliau akan menggeleng kepala atau terus lari untuk tidak mahu dengar – kerana ketika itu, jangankan rumah berharga ratusan ribu, rumah RM40,000-00 pun sukar untuk diperolehi (dan perit pedih untuk mengikat perut bagi menbayar downpayment, Tuhan sahaja yang tahu!)

**********************

YA! Begitulah sekiranya Allah mahu menganugerahkan rezeki kepada sang hamba.
Ada masa kita begitu meminta, tetapi Allah tidak beri setepat masa. Rupanya dia tangguhkan ke satu detik yang mana ianya lebih baik daripada apa yang kita impikan sebelum ini.

Ada ketika, Allah biarkan impian kita itu berkubur tanpa bayang, kerana Allah mahukan doa kita dan disimpan-Nya untuk ’penebusan’ di akhirat kelak (InsyaAllah, amin). 

**********************

Melihatkan rezeki beliau hari ini, saya rasa sungguh terharu.

Bak kata beliau, ”jangan melihat dirinya yang hari ini!”
Kenali masa lalu beliau sebelum menyatakan ”Untungnya jadi Datin Romaizah Abd Kadir!”

Ya, saya akui itu.
Jika diberi pilihan, mungkin saya tidak mahu berada di kedudukannya hari ini.
Kerana saya mungkin tidak kuat untuk berhadapan dengan masa lalunya yang begitu perit!

Hari ini adalah buah-buah epal segar yang tumbuh mekar dalam taman kehidupannya.
Setelah penat lelahnya membanting tulang empat kerat, mengguna segala kudrat tenaga, menahan gelojak emosi, mengabaikan beberapa impian dan meneruskan kehidupan dengan semangat dan azam untuk berjaya, berjaya, berjaya!

Dia berangan dengan melukis takdir impiannya. 
Dan hari ini, Allah izinkan beliau menikmati hasil ’lukisan kanvas’ kehidupan yang diimpikan.

**********************

Aku gembira untukmu, sahabat wangi yang ku cintai.
.
.

Didoakan Allah sentiasa lindungi dirinya. Hapuskan segala dosa-dosanya yang terdahulu, kini dan akan datang. Dan Allah pelihara dirinya daripada fitnah kubur dan azab api neraka. Mohon Allah temukan beliau dengan Rasulullah dan berjalan bersama ke syurga-Nya, tanpa hisab. Amin.

**********************
.
Kenapa saya ceritakan ini?
Kerana saya mahu ingat kisah beliau.
Saya mahu menyebar maklumat yang bermanfaat daripada perjalanan kehidupan beliau.
.
.
Sungguh. Saya sayang sahabat saya ini.
Dia antara inspirasi hidup saya.
Untuk terus yakin bahawa:
”KUASA DOA DAN PILIHAN KEHIDUPAN ITU ADALAH HAK HAMBA!”
.
.
Maiza Abd Kadir. Sahabatku sayang.
Mohon Allah izinkan kasih-sayang ini, sampai syurga-Nya. Amin.
.
.
.
Ya Allah. Redai dan rahmati kehidupan kami, dunia dan akhirat, sampai syurga-Mu. Amin. 

.
-KakTiny-

Musibah untuk muhasabah

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Tarikh kejadian: 30.4.2015 (Khamis).

Tuan suami pulang dengan membawa khabar kurang enak. 
Ultrabook (notebook) hilang, dicuri. 

Kejadian berlaku di Tesco, Ampang. 

Sepatutnya, seperti biasa, Tuan Suami akan menjemput saya dari tempat kerja. Tetapi, pada hari kejadian dia ada urusan di Subang dan tidak dapat ambil saya.

Saya tumpang rakan sepejabat. Perlu pulang awal untuk ambil anak yang dihantar di rumah pengasuh.

Pada hari kejadian, kami sedang berpuasa. Justeru, Tuan Suami menyatakan bahawa ada kemungkinan dia tidak sempat mahu berbuka bersama. Oleh kerana beliau sudah berada di sekitar Tesco, Ampang, dan waktu itu maghrib sudah hampir benar, maka beliau terus singgah untuk berbuka puasa.

Mengenangkan bahawa mungkin akan tinggalkan kereta sekejap sahaja (untuk berbuka), maka Tuan Suami tinggalkan ultrabook (bersama buku dan dokumen lain-lainnya) di dalam kereta. 

Langsung tidak terfikirkan kejadian curi-mencuri, pecah kereta segala bagai ini. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Tuan Suami kata, dia berasa seperti angin yang kuat masuk ke dalam kereta. Ditoleh ke belakang, rupanya cermin tingkap sudah tiada (dikopak dengan rapi). 

Katanya, pada ketika itu sudah berderau darahnya kerana membayangkan jika ada barang yang dicuri. Ditoleh ke belakang tempat duduk, semua barang berada di tempatnya. 

Masih tidak puas hati, beliau berhenti di tepi jalan. Memeriksa setiap dokumen dan beg. 

Semasa memeriksa beg kanvas (yang berisi ultrabook, charger, mouse dan thumb drive), beliau terkejut besar kerana ultrabook sudah hilang. Rupanya si pencuri memecahkan cermin tingkap dengan mengambil ultrabook SAHAJA. Beg kanvas yang berisi segala barangan lain ditinggalkan.

**************************

"Innalillahi wainnailaihi raajiun. Allahumma'jurnii fii musibati wa akhlifli khairan minha." Hanya lafaz tersebut yang terluncur daripada bibir saya. Seterusnya, saya tidak mahu fikirkan apa-apa dan terus tidur. 

Usai bangun pada hari Jumaat (1.5.2015), saya ke cyber cafe. Cuba download semula file-file penting seperti file dan nota PhD serta manuskrip penulisan saya. File-file lama tidak saya endahkan.Selesai urusan tersebut, saya ke PWTC - ada janji mahu berjumpa dan ada buku yang mahu dibeli dan ambil.
.
.
Hari-hari berlalu begitu sahaja tanpa saya memikirkan apa-apa mengenai perihal kehilangan ultrabook itu. 

Saya mahu kuatkan hati saya dengan sabar dan redha. 
Lagipula, yang hilang hanyalah harta benda. Dan ia sudahpun hilang.

Jika... saya katakan jika...
Saya menangis, meraung, merajuk dan marahkan suami saya, bersedih, berduka, membuat laporan polis dan memaki hamun pencuri itu di laman muka buku, adakah pencuri itu akan kasihankan saya atau suami saya dan pulangkan ultrabook itu? Pasti jawapannya TIDAK!

Oleh itu, untuk apa saya gusarkan hati saya? Letihkan minda saya? Siksa jiwa saya dengan sesuatu yang saya PASTI tidak akan kembali lagi kepada saya.

Benar, Allah akan menggantikan sesuatu musibah itu dengan anugerah  yang lebih baik. Percaya itu!
Saya yakin itu! 
.
.
Paling penting, pada saat dan ketika itu, satu anugerah yang Allah berikan kepada saya adalah 'KETENANGAN.' 

Alhamdulillah. Saya mampu hadapi situasi itu dengan tenang.

Perkara yang saya lakukan selepas menyerahkan diri kepada takdir Allah ialah bertanya kepada diri sendiri:
"What the worse scenario could it be?" 
"Apa musibah besar yang boleh terjadi asbab daripada musibah kecurian ini?"

Kebimbangan yang muncul dalam minda saya"-
1- Hilang file dan segala maklumat untuk thesis PhD yang bertahun-tahun dikumpul.
2- Hilang ilham-ilham menuskrip penulisan yang telah banyak disimpan dan mahu dihantar kepada penerbit. 
3- Tangguh / batal pengajian PhD.
4- Buku tidak dapat diterbitkan tahun ini.
5- Gambar-gambar, poster, nota-nota ilmiah, nota motivasi, nota kuliah, modul training yang dikumpul hilang.

OK. Saya jawab kepada diri:
Kelima-lima itu hanyalah HARTA BENDA dan KERUGIAN DUNIAWI. 
Kehilangannya tidak memberi jejas di alam kubur apatah lagi di akhirat kelak.
Kehilangan yang InsyaAllah, dengan izin Allah, boleh dijejaki semula.
Hilang laptop, boleh kumpul duit dan beli baru. 
Hilang data, boleh cari semula dalam perisian web (dropbox) - paling tidak, boleh TULIS SEMULA. 

Jadinya, TIDAK PERLU RISAU. 
Setiap kesulitan pasti ada jalannya.
Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair. Birohmatikaya arhamarrahimiin. 

Bukankah Allah sebaik-baik tempat pergantungan?
Saya mahu meletakkan hati dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah.
Semata-mata kepada Allah dan kerana Allah.
.

Yang hilang, telah hilang dan tetap hilang.
Sekiranya dengan satu kehilangan itu, membuka ruang kepada penemuan sesuatu yang lebih hebat, pasti ianya menjadi lebih menarik. Bukankah begitu?
.
.
Allahu Akhbar Kabira.

-KakTiny-

PhD Oh PhD - Part 13: Pengajaran kehilangan dan Teknologi Web

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim. 

Antara situasi paling 'ngeri' dalam diari calon PhD adalah apabila notebook dicuri dan data hilang! Betulkan? ;-)

Apatah lagi apabila kehilangan / kecurian itu berlaku pada saat-saat tarikh perbentangan proposal kian hampir atau boleh dikatakan lagi 7 hari daripada tarikh kejadian. Hahaha.

Memang terbaik!

Ujian musibah itu datang selalunya dalam keadaan kita tidak sedar dan tidak bersedia. Itulah ujian yang sebenar-benar ujian. Tetapi Allah lebih tahu kenapa dan mengapa ujian itu didatangkan-Nya kepada kita. "Allah tidak akan datangkan ujian di luar kemampuan hamba-Nya." Ini janji Allah.

Pasti ada hikmah yang tersembunyi, isyarat yang menanti kita mentafsir maknanya.
.
.
Kehilangan (kecurian) ultrabook yang berlaku kepada saya pastinya menidakkan ruang untuk saya membuat presentation kepada jawatankuasa penyeliaan. Ok. Saya akur itu. Dan saya melalui hari-hari itu dengan bersahaja (cuti kerja saya batalkan dan saya datang ke pejabat seperti biasa).

******************

Di sini, saya nampak peri pentingnya pelajar / calon PhD, mengetahui serta menggunapakai teknologi-teknologi terkini yang ada dalam persekitaran. Jangan malas dan ego untuk belajar. Rugi.

Dropbox. Satu perisian web yang mampu menyimpan data di 'cloud' dan boleh di'panggil' semula dengan memuatturun maklumatnya menggunakan perisian yang tersedia.

Sekarang ini sudah banyak aplikasi web yang seperti ini (setakat ini saya menggunakan dropbox).

Menggunakan rules 80/20, saya menganggarkan 20% mengalami masalah kehilangan data (dengan pelbagai sebab) dan tidak bertahan lama dengan satu notebook sahaja (juga dengan pelbagai sebab). 

Sekiranya kita masih mengharapkan thumb drive dan yakin 100% data-data dalam notebook / PC itu akan kekal di situ sehingga kita graduate, berdoalah agar kita antara 80% mereka yang bertuah itu.

Justeru itu, kepada pelajar / calon PhD, mohon beringat sebelum kena. Bersedia sebelum diduga. 

Jazakallahu khairan khathira kepada Dr. Othman Talib kerana memperkenalkan perisian DROPBOX ini. Jika tidak, pasti saya sukar mengaplikasikan SABAR dan merasa 'TENANG' tatkala berhadapan dengan ujian ini. 

.
Ya, saya akui, saya agak ketinggalan zaman dalam mengikuti arus teknologi dan agak 'degil'(malas) untuk pelajari teknologi-teknologi baharu seperti ini. Saya juga antara yang lambat 'update' dengan perisian yang 'up-to-date.'

Peristiwa ini membuatkan saya perlu lebih peka dan lebih bersedia di kemudian hari.

Tips untuk pelajar / calon PhD - Mohon simpan file anda dalam mana-mana perisian 'cloud' yang boleh dicari kembali walau notebook anda tidak bersama anda. 
.
.
-KakTiny-

Hikmah selepas musibah

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Firman Allah:
"…Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [Surah Al-Insyirah 94: Ayat 5-8]


Sungguh! Saya yakini janji Allah dalam surah ini sesungguh-sungguhnya.

Bukan sahaja dijanjikan kemudahan bagi setiap kesulitan, tetapi juga Allah sudah nyatakan, bahawa MINTALAH (DOA) apa sahaja kepada Allah. BERDOA APA SAHAJA!

Subhanallah. Maha Suci Allah yang sangat baik kepada hamba-hambaNya.


Rentetan peristiwa kehilangan laptop saya tempohari (cerita di sini), saya memang serahkan ‘bulat-bulat’ (penyerahan total) tentang untung nasib file-file dalam laptop yang hilang kepada takdir Allah untuk saya. Juga saya tidak memikirkan apa juga yang terjadi kepada progress thesis PhD (cuma fikir mahu retrieve file dalam dropbox). 

Saya tidak mahu ‘stress’ dengan kehilangan laptop itu. Saya punya rencana untuk kumpul duit (dengan main kutu) dan sampai cukup tempoh giliran saya, baru saya fikir mahu beli laptop baru.

Saya punya rancangan sendiri, tetapi, RUPA-RUPANYA, Allah juga telah rancang sesuatu untuk saya, selepas saya redha dengan kehilangan (kecurian) laptop tersebut.
Alangkah terkejutnya saya dengan perancangan Allah.

Saya ‘dapat’ laptop secara percuma!

Ya! Percuma.

Apabila sahabat baik saya, yang pada mulanya mahu meminjamkan duit kepada saya (tetapi saya menolaknya) kemudiannya membuat ‘counter-offer’ dengan memberi wang tunai untuk saya berli laptop! Sebagai balasannya, beliau mahu kami jadi partner untuk bina module training bersama-sama.

Allah. Allah. Allah.

Maka nikmat Tuhan yang mana yang sanggup saya dustakan?

Masih lagi tidak mahu percaya dengan ‘keajaiban’ yang mampu dan mahu Allah hadirkan selepas berdoa, ‘tawakal dan redha?’ Allah.

Masih lagikah saya ragu-ragu dengan kebesaran Allah?

Sungguh saya malu!

Benarlah.

Kita buat kerja kita, biar Allah buat kerja-Nya.

Sebagai hamba, kerja kita adalah bergerak ‘dengan’ D.U.I.T (Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal) – tugas kita adalah menjadi khalifah yang menegakkan Islam dalam kehidupan.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam.


.
Salam takzim,
-kaktiny-


PhD Oh PhD - Part 14: S.M.A.R.T Model Canvas = Gabungan RFOT + BMC

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Walaupun dalam mood 'differ semester' tapi tetap nak juga sentuh bahagian-bahagian tesis yang masih tertangguh!

Risau pula bila tengok kalendar dah nak habis bulan 6!
Semester depan (bulan 9) WAJIB buat propsoal defend! WAJIB! (orang lain submit tesis untuk VIVA, yang aku ni baru nak sumbit proposal untuk defend - aparaaa!)

'Takpe. Takpe. Relax. Rezeki masing-masing tak sama. Aku direzekikan tambah lagi 3 orang anak sepanjang tempoh pengajian PhD ni, jadinya, adillah kalau Allah 'beli' sedikit masa aku dengan lambatkan sikit perjalanan PhD ni.'(Monolog hati memujuk diri supaya redha dan terus senyum dengan aturan Illahi). 

.
Tertekan?
Oh. Perkataan itu sedikit demi sedikit saya cuba hapuskan daripada kamus perjalanan PhD saya ini. Saya tidak mahu lagi ada rasa tersebut. Kerana saya sudah JELAS dengan MISI PhD saya ini.

Untuk apa saya tertekan kepada perkara yang saya SUKA DAN CINTA?
Malah, saya tahu saya boleh mendapat dan memberi manfaat melaluinya!

Saya kan ada SENJATA ISTIMEWA, hadiah dari DIA!
Saya ada DOA! Hak eksklusif saya sebagai hamba.
Hak saya adalah berdoa. Hak Tuhan adalah memakbulkan doa.
DIA beri sesuai dengan masa dan keperluan saya.
Saya cuma perlu bergerak dengan D.U.I.T (Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal).

.
.
****************

Betapa baiknya Allah Ya Barr Ya Wahhab Ya Razzak yang menambah rezeki dalam bentuk lain sepanjang saya berada dalam tempoh 'differment' ini.

Allah telah datangkan ilham untuk saya buat satu model baru - adaptasi daripada dua model kerja berlainan bidang yang boleh membantu penyediaan awal penulisan thesis dengan MUDAH!

C.S.I = Copy | Study | Innovate.

Itulah kerja seorang pelajar yang perlu buat thesis.
Preparing a thesis is just about COPY STUDY INNOVATE! 
(FUH! Statement yang boleh mengundang 'penyembelihan' oleh akademik-akademik dunia. Hihihi). 

Dalam tempoh differment ini, saya tidak tulis tesis saya, sebaliknya saya 'reka' model baru. Model ini adalah gabungan dan adaptasi daripada model bisnes iaitu BMC (Business Model Canvas) dan RFOT (Research Framework On Template).

BMC adalah model bisnes yang dibangunkan oleh Alexander Osterwalder (2008) - ia membantu para usahawan untuk membuat penilaian awal tentang potensi perniagaan, sebelum terjun ke lapangan perniagaan yang dihajati.


RFOT adalah template kerangka penyediaan awal tesis oleh Dr. Othman Talib (2013) - ia membantu para pelajar yang mahu menyediakan tesis supaya jelas dengan skop kajian serta memudahkan penulisan proposal sehingga ke penulisan tesis kajian sebenar.

Dr. Othman Talib adalah pencetus ilham untuk saya rangka model SMART Model Canvas ini. Blog beliau (boleh klik sini) sangat membantu para pelajar yang sedang atau mahu menulis tesis. Sangat membantu (Allah rahmati beliau dan pengetahuan yang disebarkan).


Gabungan dan adaptasi BMC + RFOT menghasilkan S.T.A.R.T Model Canvas (Start Thesis Apply Right Template), by Tiny Azleen Yahaya (2015). :-)

(Ada bahagian yang 'dihilangkan' kerana modul model ini belum siap sepenuhnya. Nantiiiiiikan.)

Sedang menyiapkan modul ini dan akan diuji keberkesanannya kepada beberapa orang responden kajian. 
.
.
Sekarang, saya sudah lebih JELAS, kenapa saya PERLU SIAPKAN Ph.D saya ini!

"Allah telah berikan saya sesuatu perkara yang bermanfaat yang boleh disebarkan sebagai manfaat kepada kumpulan yang memerlukannya. Oleh itu, saya perlu jalankan amanah ini." - KakTiny.

.
.
.
Allah rahmati setiap anda yang datang membaca. Amin.


Salam takzim.
-KakTiny-

PhD Oh PhD - Part 15: Penulisan thesis dengan kaedah KJ Method + ZDOT

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Semasa sedang bertungkus lumut mengisi maklumat dalam kotak S.T.A.R.T Model Canvas (Start Thesis Apply Right Template), tiba-tiba idea untuk kajian tesis sendiri muncul berdesup-desup!


Terus capai laptop dan buka.

Satu persatu saya belek apa yang telah ditulis dalam thesis saya.

... AKHIRNYA... sepagi saya HABIS dengan BACA SEMULA penulisan thesis saya TANPA sebarang penambahan pada penulisan! Serius geram dengan diri sendiri!

Saya renung-renung ruangan heading pada navigation pane (dalam microsoft word), banyak sub-heading yang masih 'lompong'.

Tiba-tiba saya teringat kaedah KJ METHOD yang saya pelajari dalam bengkel penulisan.


YA! Selepas ini saya perlu aplikasikan kaedah KJ Method dalam penulisan thesis saya. InsyaAllah, sekali buka laptop, 'buka satu sticky notes' sahaja, tulis dan selesaikan. Simpan!
.
.



'Sticky Notes' pada microsoft word adalah pada 'Heading' dalam ruangan 'Navigation Pane'.

 Justeru, kepada penyelidik, rancang 'sticky notes' mengikut kaedah ZDOT.

ZDOT adalah Zero Draft of Thesis, manual 'heading dan sub-heading' untuk thesis, seperti yang dicadangkan oleh Dr. Othman Talib.

ZDOT + KJ Method ~ Awesome!!!
Penulisan menjadi laju dan mantop!
(Tapi, kalau ada penyakit yang namanya -MALAS- tu, memang tak dapat nak tolong la! Datanglah malaikat dari langit ke-7 hantar modul ke model ke, memang NAN ADOLAH!)

.
.
.
Allah rahmati setiap anda yang datang membaca. Amin.
Salam takzim.
-KakTiny-

PhD Oh PhD - Part 16: Borang Proposal Defends - Ironinya...

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Pertengahan bulan ini, saya isi borang Ph.D thesis proposal defends.
Sudah semester 7, baru nak isi borang proposal defends. Huh!
Sesekali, ada juga rasa bimbang juga dengan perjalanan PhD saya yang macam siput sedut ni.


Saya perlu submit tesis proposal chapter 1-3 untuk membolehkan saya menduduki 'peperiksaan' ini. Ohoi. 
.
.

Cuti Hari Raya Aidiladha, kami diuji dengan kereta rosak. 
Makanya, cuti 4 hari yang dirancang untuk balik kampung Tuan Suami (Muar) tidak menjadi. 

Ironinya, meskipun saya tahu saya perlu siapkan dengan lengkap chapter 1-3, tapi saya langsung saya tak sentuh apa-apa mengenai tesis saya. 

Malahan saya dengan senang tenangnya tidak buka notebook dan tidak tulis walau sebaris ayat... waima satu huruf. Huhuhu...

Bagus! Sangat bagus!
Tepuk tangan ramai-ramai untuk padankan muka saya.

.
Malas nak tulis panjang-panjang.

TITIK!

Viewing all 65 articles
Browse latest View live