Quantcast
Channel: INSPIRASI
Viewing all 65 articles
Browse latest View live

PhD Oh PhD - Part 17: Persediaan Proposal Defends

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Lama benar biarkan blog bersawang. 

Asyik sangat di laman muka buku, sehingga abaikan tempat yang pernah menjadi tumpuan dan keterujaan hati satu tika dahulu... (krik krik... hihihi).
.

Di sapa oleh Sis Starr Hidayah membuatkan semangat untuk mencatat di blog bangkit semula (tapi tak tahulah bertahan untuk berapa entri... kehkehkeh). Salam perkenalan Sis... Allah rahmati cikpuan yang baik. 
.
Sekarang saya di semester ke-7.
Kalau ikutkan perkiraan rasmi, tinggal lagi 3 semester untuk siap thesis dan menanti VIVA. 

Allahu Allah. 
Gementar juga melihat penurunan angka baki semester yang tinggal.
.
Sudah dapat tarikh rasmi daripada fakluti yang kena buat perbentangan kertas cadangan kajian pada hari Khamis, 29.10.2015, jam 12.00 tengahari. 


Hari minggu kelmarin, berkampung seharian di SOHO sahabat wangi. Mula awal pagi, sampai ke petang, mengadap slide demi slide. Nak muntah pun ada jugak rasanya.

Demi memperjuangkan pengajian ini, ku redahi juga.  


Hajat hati, nak guna slide S.T.A.R.T Model Canvas sebagai slide presentation. Baru 'kelas' dan 'kena' sebagai bahan uji kaji.

Tapi, sebab malas nak START ALL OVER AGAIN, maka recycle slide presentation untuk jawatankuasa committee sahaja. Huhuhu.
.
.
Sepatutnya, proposal defends ini sudah boleh diminta tarikhnya seawal semester ke-4 kalau kena dengan rentak belajar dan tempo kepantasan penyediaan thesis. 

Tapi, tempo saya 'melankolik' temponya... slow and steady.
Walaupun ada rasa risau dan gusar, tapi, malas nak fikir banyak-banyak...
Buat satu-satu-satu dengan teliti. Yang penting siap dan boleh submit for VIVA.
Itu matlamat utama. 
.
.
Selain daripada tumpu kepada proposal defends, apa yang saya lakukan dalam semester ini adalah penulisan jurnal!

GREDuc UPM 2015 - adalah proceeding pertama yang cuba saya hantar.
Mohon Allah permudahkan. Ameen. 
.
Salam takzim
-Kaktiny-


Permulaan Tahun Baru - 2016 : DOA

$
0
0


“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Barr, Tuhan Yang Maha Pengasih Pemurah lagi Maha Baik. Aku mohon padaMu Allah Ya Wahhab Ya Razzak Ya Mu’iz, Ya Basith, Ya Nur Ya Haadi, Ya Samad. Sesungguhnya hamba-Mu ini mohon, tambahkanlah buat kami rezeki-Mu, jangan Kau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan Kau hinakan. Lapangkan kehidupan kami, usah Kau sempitkan. Berikanlah kepada kami taufik dan hidayah-Mu, jangan Kau tahankan. Pilih kami ke arah kebaikan, jangan Kau biarkan lalai. Redai kami dan redai juga semua usaha dan urusan kami, dunia dan akhirat. Pilih kami untuk masuk ke dalam syurga tertinggi-Mu bersama Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam wahai Allah Ya Muqtadir.  

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Ya Wasi’, bukakanlah untukku dan keluargaku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, dan pintu-pintu syurga. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu untuk diri kami, ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam akan semua kebaikan dunia dan akhirat.

Allah Ya Ghaffar, Ya Ghaffur, Ya Affuw, Ya Tawwab, Ya Ro’uf, ampunkan segala dosa-dosa kami, yang dahulu, sekarang dan yang akan datang, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari semua kejahatan, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Kami memohon syurga-Mu dan yang dapat mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan dan perbuatan. Kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan dan perbuatan. Kami pohon akan kebaikan kepada-Mu sebagaimana yang dimohon oleh Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam kepada-Mu. Dan sesungguhnya, kami berlindung kepada-Mu sebagaimana Baginda Rasul memohon perlindungan kepada-Mu. Dan kami memohon urusan yang Engkau tetapkan bagi kami, supaya dijadikan kesudahannya sebagai kebaikan dan kebenaran yang bermanfaat, di dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Khaliq, Tuhan yang Agung. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah diriku dan setiap urusanku dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku waima sekelip mata.

Ya Allah Ya Wadud, berikanlah cinta-Mu kepadaku. Jadikanlah aku mencintai orang yang mencintai-Mu dan mencintai segala sesuatu yang membawa kecintaanku kepada-Mu.

Allah Ya Ghaniy Ya Mughni, anugerahkan kami kekayaan ilmu yang bermanfaat, harta benda yang berkat, serta ketenangan jiwa yang mendekatkan kami kepada-Mu dan jemput kami dengan tenang untuk kembali kepada-Mu dan masuk ke dalam syurga tertinggi-Mu dalam keadaan kami redha lagi Kau redhai. Makbulkanlah Allah Ya Mujeeb.”











#catatankaktiny
#IniKakTiny
#TintaTiny

PhD Oh PhD - Part 18: Sambil bertesis sambil bermodul

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Allahu Rabbi Ya Karim.

Sudah masuk semester ke-8 di tahun 2016.


Progress tesis?
Sedang di peringkat pre-test. Hihihi.
Belum pun pilot test, jauh sekali research test.


.

Dalam pada saya patut luangkan masa untuk menyiapkan questionnaire, dan selesaikan perihal data untuk tesis ini, terjebak pula dengan aktiviti lain. Hahaha.
.
Modul S.T.A.R.T MC (Start Thesis Apply Right Template Model Canvas), telah saya hasilkan bermula tahun 2014, dan siap sepenuhnya pada 2015. 

Punca boleh tercetusnya ilham ini, selepas mengikuti bengkel penulisan tesis pantas Dr. Othman Talib. Melihatkan konsep dan gaya santai penghasilan tesis dengan segala formula 'OT'nya membuatkan saya terfikir, hmmm.... sesuatu yang bersifat baharu dalam dunia penulisan tesis yang selama ini 'beku dan tepu!' 
.
Saya mohon kepada Allah untuk datangkan ilham bagi memudahkan lagi pemahaman saya untuk menulis tesis ini. Kerana asyik TUKAR - TUKAR - TUKAR dan asyik kena BACA - BACA - BACA lagi dan lepas tu TULIS - TULIS - TULIS - sedangkan tak tahu apa yang perlu dibaca, ditulis dan ditukar.
.
Selepas banyak peristiwa gelap dan kelam (sehingga ada waktu saya sudah terlalu letih dan hampir berputus asa mahu meneruskan pengajian), Allah datangkan ilham daripada sumber lain.
.
Seketika, perhatian saya beralih kepada perkara di luar topik penulisan tesis dan bertumpu pula kepada penulisan novel dan perniagaan.
.
Daripada bengkel penulisan novel kreatif dan bengkel bisnes, saya gabungkan dengan bengkel penulisan tesis pantas cara Dr. OT, maka terhasil Modul S.T.A.R.T MC.
.
Namun, START MC tidak boleh difahami semudah A.B.C tanpa ada persediaan awal.
Dan persediaannya telah saya mudahkan dalam e-book PRE-START MC. 
.

Saya letak sebelah dahulu perihal data questionnaire, sekarang saya beri tumpuan untuk mengedarkan e-book PRE-START MC secara percuma.




Terdapat 10 langkah mudah yang perlu diikuti dalam Pre-START MC.
Dan perlu 'buat latihan' yang sudah menyentuh sedikit maklumat dalam START MC. 
.


Saya mahu para pelajar (pengajian bertesis), merasakan dunia penulisan tesis ini mudah dan menyeronokkan. 

Ini supaya mereka menjadi pengkaji yang terus menerus mendalami ilmu dan kemudian menyebarkan manfaat ilmu itu ke seluruh dunia. 

Dunia ini lebih mudah diteroka melalui jalan ilmu.
Dunia ini perlukan pemimpin yang berilmu, beriman dan beramal soleh.
.
Saya doakan Allah Ya Khaliq Ya Rashid Ya Mu'iz izinkan saya menjadi pendidik kepada bakal pemimpin Negara dan dunia yang beriman dan bertakwa, yang paling penting, berilmu dan berakhlak mulia. Mereka ini, akan menyebarkan dan mengembangkan Islam ke serata pelusuk dunia dan kembali menawan dunia dengan kegemilangan Islam. 



Mohon sesiapa yang baca blog kaktiny, dan mahu dapatkan e-book Pre-START MC serta maklumat tentang Pre-START MC, isikan maklumat anda di http://bit.ly/prestartmc atau email kepada ciktiny@gmail.com.
.

Salam takzim
-Kaktiny-

PhD Oh PhD - Part 19: Kenangan Proposal Defends

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Apabila diselak di semak, rupanya, terakhir tulis berkenaan PhD ni pada oktober 2015, ketika sedang 'terketar-lutut' membuat persediaan untuk proposal defends.
.
Tiba-tiba tahun ini, 2016, dibuka dengan kisah START MC dan modul PRE-START MC. Aduhaaaiii.
.
Apa cerita tentang proposal defends?
.
Inilah bahananya apabila banyak sangat di laman muka buku, blog di anak-tirikan sesuka hati. 
Umpamanya sudah dapat gading bertuah, tanduk buat tak heran dah. Hahaha.
.
(Bukan apa, saya masih ada satu 'kefobiaan' untuk menulis status di blog... 
Moga 'fobia' itu dapat berlalu bersama masa... Amin.) 
.
Ok. 
Berbalik kepada kisah pada hari proposal defends.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah.

(Ini antara seronoknya cerita sesuatu yang bersifat 'kenangan', segalanya kelihatan 'mudah dan indah penuh hikmah dan sepertinya tiada gundah' - padahal untuk melalui detik dan mengalami saat pristiwa itu berlaku, Tuhan sahaja yang tahu gemuruh hati dan jiwa!)
.
Antara kenangan yang paling saya syukuri adalah:
+ Tuan suami turut menemani;
+ Rakan sekelas datang memberi sokongan;
+ Pengerusi Jawatankuasa penyeliaan hadir;
+ Dapat external examiner yang santai;
+ Dapat komentar daripada lecturer luar yang datang kerana berminat dengan tajuk kajian (penyelia nak cuba recce senior lecturer tersebut untuk jadi examiner VIVA nanti... InsyaAllah).
.
Antara gambar kenangan. 
.



 Sessi berlangsung dengan 'tenangnya' (lah sangatt... hahaha)

Dr. Kidin (Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan) dan rakan-rakan perjuangan.

Komentar dan kelulusan daripada pensyarah pemeriksa,
Alhamdulillah - LULUS. 
Boleh proceed dengan penyediaan tesis penuh. 


Tuan Suami datang memberi sokongan dan doa.
(Inilah sumber kekuatan dan peyokong utama, tanpa Allah izinkan tulang belakang ini berdiri kukuh di sisi si isteri, mana mungkin seorang kaktiny mampu melangkah sejauh ini). 
.
.
Alhamdulillah.

Allah permudahkan dengan semudah-mudahnya.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini.
.
Salam takzim
-Kaktiny-

Kenangan bedah buku dan tazkirah

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Subhanallah.

Rupanya tiada satu pun yang saya ceritakan tentang naskah sulung saya, Kerana Aku HambaNya dalam ruangan ini.

Akan diceritakan kemudian.

Kali ini, lompat terus kepada status FB yang di catat pada tarikh hari ini.
.
Tuan mentor penulisan serta rakan-rakan penulis menyeru saya berkongsi pengalaman dan perasaan, pertama kali berada di hadapan khalayak untuk sessi bedah buku, sekaligus memberi tazkirah kepada audien (siswazah).
.
Saya katakan kepada mereka, saya sudi berkongsi cerita, tetapi mereka perlu bersedia 'bernanah telinga mata' membaca status yang pastinya panjaaaaanng! (Mohon bertabah kepada yang sudah terjebak membaca dan membacanya hingga S.E.L.E.S.A.I).
Hahaha.
*******
.
Ya. Namanya pun pengalaman pertama.
Gugup.
Gerun.
Bimbang.
Risau.
Ngeri.
(Teruja itu sedikit, yang seram itu lebih banyak).
Pelbagai emosi negatif bermain dalam jiwa, turut mengganggu seharian tugasan keutamaan.
.
Ya. pelbagai perasaan dan dialog yang bermain dalam kepala.
.
*******
1) Bimbang.
Jujur, saya bimbang 2 perkara.
i- Audien terlalu ramai sehingga saya gugup mahu berbicara (penyakit takut pentas!)
ii- Audien tiada yang datang yang mungkin akan menyebabkan saya rasa kurang semangat.
Itu yang saya rasa.
Ya. Ada lagi satu.
iii- Saya bimbang apabila sejurus pegang microphone, saya cakap merapu meraban ke laut dalam sampai audien tak faham dan tak boleh nak hubung sambung apa yang saya sampaikan kerana berterabur atau terlalu 'speedy' (ya, kelemahan saya antaranya, saya cakap sangat laju!!! dan ketawa sangat kuat!!! Huhuhu).
.
*******
2) Lucu.
Ada satu perkara yang lucu berlaku ketika yang dipandu suami di hadapan pos pengawal.
Kereta ditahan dan Tuan suami turunkan tingkap sebelah saya.
Dengan level konfiden tinggi saya mahu beritahu pengawal bahawa saya ada acara di dalam kolej ini. Itu yang sedang saya rangka dialognya.
Malangnya, suara saya tersekat di celahan kerongkong dan hilang kelam apabila Tuan pengawal itu senyum dan berkata,
"Oh. Penceramah jemputan. Plat 6604. Ya. Sudah diberitahu tadi untuk parking di dalam. Silakan masuk."
Mulut saya berada pada skala 'aaa' dan pegun.
Sebutan *Penceramah jemputan* buat saya terus rasa hilang kata dan tak dengar apa-apa bunyi, waima hembusan angin sepoi petang! (Oh duniaaaaa....).
.
Hilang juga segala ucapan yang biasa diajar untuk ditutur seperti, 'Terima kasih, Tuan. Allah rahmati Tuan yang baik.' Tiada. Hanya 'pegunan aaaa' itu masih kekal hingga Tuan suami parking di tempat KHAS!
.
*******
3) Gementar
Melangkah turun kereta, saya mencari pemilik wajah dan namanya Cikpuan Dahlia, wakil Legacy Publishing. Sebab tak kenal sesiapa pun wakil pelajar di situ.
(dan, ya, Cikpuan Dahlia datang sambil senyum. Mujur dia perkenalkan dirinya, jika tidak, saya buat tak kisah sebab menyangka beliau adalah pelajar. Hahaha. Kecil molek dan cantik orangnya. Hihihi).
Tiba di perkarangan surau, saya lihat kelibat dua orang jejaka. Seorang itu dikenali dan seorang lagi tidak dikenali. Yang dikenali itu pastilah Tuan Adha (juga wakil Legacy), yang tidak dikenali itu adalah Tuan Wan Muhammad Nazrul Fitri, wakil pelajar Kolej (ku sangka pensyarah yang turut serta, matang sungguh budak ini! Kalau mengaku doktor pun, saya percaya).
.
*******
(4) Rancak
Saya, tuan suami dan wakil Legacy di bawa masuk ke bilik makan VIP (amboi, dasyat kolej korang dik, dekat kantin pun ada bilik makan VIP... hebatnya haiiii).
Berbual-bual tentang diri dan pengalaman, saya mula mendapat rentak, dan ia menjadi bualan yang rancak (dah diaorang bagi peluang kat akak bersembang, memang borak sakan laaaa... hahaha. Nasib la korang kena 'brain-wash' benda yang korang tak terfikir untuk buat masa 'belajar' ni kan.... hahaha).
*******
5) Kagum
Alhamdulillah, selepas solat maghrib, sebelum masuk ke tempat tazkirah, semasa saya duduk sebentar di ruang tepi surau, sempat bersalaman dan berbual dengan Timbalan Pengarah Kolej, Prof. Madya Qodriyah Hms yang bijaksana.
Dalam perbualan singkat itu, sempat saya berkenalan sedikit dengan beliau. Beliau adalah pensyarah dan juga pakar farmakologi (doktor juga ni). Balu kematian suami kira-kira setahun yang lalu, mempunyai dua orang anak perempuan dan yang bongsu sedikit kurang upaya.
Allahu Allah.
Alangkah bertuahnya saya.
Saya berkenalan dengan wanita hebat.
Saya mohon untuk peluk dan cium pipi beliau untuk mengambil semangat dan kekuatan srikandi bidadari syurga.
Kagum.Malu
.
********
6) Malu
Usai solat maghrib berjemaah, kira-kira jam 8.00malam, Tuan Pengacara Majlis memperkenalkan 'penceramah jemputan' - ketika ini saya agak tersembunyi di belakang pintu, si penceramah tercari-cari kelibat saya usai beliau memberi kata pembuka (Tuan suami yang cerita... hahaha. Kasihan awak dik, akak ni tak alert langsung. 'Nerbes' dik, nervous tau!)
.
Saat melangkah dan berjalan ke meja yang disediakan, lutut sikit lagi nak longlai. Seram sejuk tangan dan kaki bila tengok khalayak duduk dan saya diberi meja dan kerusi di hadapan para hadirin yang datang.
Saya congak dalam kiraan kasar, ada dalam 50 - 60 orang siswa, siswi yang hadir. Allahu Akhbar.
.
Apabila duduk di kerusi dan pegang microphone, sesaat seperti 'blur' dan 'kelu'. Malu menerpa. Tebal! Rasa seakan pipi merona merah.
Ucapan salam dan bismillah, tidak tahu mana mahu di ucap dahulu (siapa ingat, tolong beritahu. Sampai hari ni saya tak boleh recall... huhuhu).
.
********
7) Lancar
Saya mohon Allah ambil semua rasa saya dan berikan tenang dan mudahkan tutur kata saya.
Syukur saya bersedia dengan skrip 8 muka surat (walaupun tak sempat baca dan tak sempat praktis, main taip je tengahari tu).
Saya mulakan dengan memberi tajuk (nak sebut tajuk dan topik pun keliru, tergagap tau tahu nak sebut mana satu! Haish!)
Selepas saya nyatakan tajuk, saya mulakan dengan 3 + 1 soalan pembuka yang menuntut mereka mengangkat tangan.
.
Oleh kerana saya sudah berkenalan dengan Prof Madya, maka, setiap contoh saya akan minta anggukan persetujuan Prof. Jadinya, saya tak kekok sangat (sebab sudah kenal 'ibu' mereka... jadi, anak-anak di hadapan, dengan cakap akak ye dik... hihihi).
.
*******
8) Kawal suara dan ikut skrip
Permulaan agak kelam kabut sikit sebab microphone sama rasa dengan saya, tidak 'user friendly' pada mulanya. Bingit.
Tetapi, dengan kecekapan adik yang menjaga bahagian teknikal, segalanya menjadi baik.
Saya berusaha untuk kawal suara dan bercakap seperti berbual santai. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
Saya atur mengikut skrip yang dibina (ini amat membantu... walaupun tak ikut susun atur).
Yang pasti, saya penuh yakin 100% saya ikut skrip adalah untuk bahagian pemula (soalan) dan penutup (kesimpulan) - yang lain, berteraburan... entah mana perenggan lima mana perenggan enam, pun tak tahu. Belasah sahajalah dik, janji mesej itu kalian dengar.
(Teks whatsaap adik sepupu saya terbayang dalam ruang mata. 'Kaktiny, SPEED SLOW SIKIT!' - Cheh!)
.
*******
9) Lega
Di tengah-tengah tazkirah, saya dengar sayup-sayup suara azan. Saya nyatakan kepada wakil pelajar untuk berhenti, beliau kata teruskan, masih ada masa.
Saya sudahkan isi kandungan tazkirah seperti yang saya catat dalam skrip - dan ia habis pada jam 9.00 malam (satu jam tepat. Fuh).
.
Sejurus kesimpulan, doa dan ucapan salam, rasa lapang dada (masa bangun, baru rasa pijak karpet surau).
.
Lega sungguh. Tekak terus rasa dahaga (air yang dihidang tak mampu nak minum masa bagi tazkirah).
.
******
10) Syukur dan bahagia.
Maha suci Allah Ya Baari ya Barr yang mengatur agenda dengan baik. Saya bersyukur yang amat.
Mendapat komentar baik (menerusi laman muka buku dan mesej) daripada wakil pelajar dan Puan Dr. pensyarah, hati berbunga ceria.
Keseronokan itu tidak mampu diucap untuk digambarkan. Kaedah "Show don't tell" tidak berjaya untuk dicoret di dalam bentuk tulisan (alami sendiri, ia pengalaman indah dan mahal).
Mohon Allah jadikan tazkirah itu satu ibadah dan kata-kata yang bermanfaat yang dalam redha-Nya. Amin.
******
Ok.
Itulah 'SERBA-SEDIKIT' antara kenangan dan 'perkongsian' sepanjang acara bedah buku "Kerana Aku Hamba-Nya"& tazkirah maghrib bertajuk "BERDAMAI DENGAN TAKDIR" di Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kuala Lumpur pada Khamis, 10 Mac 2016, jam 8.00pm - 9.00pm.
.
******
S.E.L.E.S.A.I 
.
.
Alhamdulillah.

Allah permudahkan dengan semudah-mudahnya.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini.
.
Salam takzim
-Kaktiny-

Doa dan sahabat wangi yang baik

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Sabtu, 30 April 2016 memberi memori yang indah kepada saya.

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran majikan saya, YABhg Gen (R) Dato' Seri DiRaja Tan Sri Mohd Zahidi Hj. Zainuddin.

Hari ini juga adalah acara Meet & Greet pertama buku Kerana Aku Hamba-Nya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya diizinkan Allah bersama satu meja dengan sahabat wangi, Maiza Kadir, penulis naskah Hadiah Dari Tuhan.



Semeja bersama sahabat wangi ini, adalah antara memori indah paling mahal. 


Allah Ya Baari Ya Barr Pengatur rencana hamba yang terbaik.
Dahulu, kami hanya mengangankannya, rupanya hari ini adalah detik Allah memakbulkannya.
.
.
Hari ini juga merupakan detik penuh bermakna dan bahagia. 

Pertemuan dengan sahabat blog yang saya kenali secara maya, dan ukhwah ini berlarutan lama, hanya melalui media sosial.

Insan ini saya kenali sebagai MakBonda di blognya.

Apabila Allah izinkan saya bertemu-mata dan memeluk beliau, terasa hilang beban rindu yang sarat yang selama ini menggunung tinggi harapannya untuk bertemu-mata.

Ada kata-kata nasihat beliau yang saya simpan kemas dalam sudut sanubari saya paling dalam. 
Sebaris pesanan beliau itulah yang memberi kekuatan kepada saya untuk menyambung PhD serta menulis buku sampai terbit.
.


Lepas hajat hati mahu hadiahkan naskah Kerana Aku Hamba-Nya kepada MakBonda. 


Sebaris nasihat yang pernah MakBonda nukilkan dalam ruangan komentar di blog ini, saya abadikan dalam buku Kerana Aku Hamba-Nya.



Perkenalan dengan MakBonda adalah menerusi blog adindanya, yang saya panggil mesra dengan panggilan CkLah (Cikgu Ramlah). 

Entah mengapa, setiap kali saya berasa susah hati, saya suka untuk muat-naik dalam ruangan maya, sehingga ada yang menyatakan saya terlalu mencurah emosi.
.
Sebenarnya, jauh di sudut hati saya, say abenar-benar berharap orang yang akan membaca nukilan hati saya adalah MakBonda dan beberapa orang lain yang dalam senarai istimewa di hati saya. 

.



Bahagia apabila huluran ukhwah bersambut mesra.


Selain mak dan ayah, suami serta kaum keluarga, MakBonda adalah antara orang luar yang saya seakan rasakan mereka ini sentiasa memberi doa kepada saya.

Saya terasa ada kekuatan luar biasa yang membolehkan saya melalui hari-hari getir dengan kuat dan tabah. Saya tahu saya tidak kuat dan tidak mampu sekuat ini menghadapi hari-hari berliku, namun, kuat keyakinan saya, bahawa kekuatan yang saya perolehi itu adalah berkat doa mereka-mereka ini yang tulus mendoakan saya dalam diam dan pada hajat hati mereka yang paling dalam.

Dan saya yakin, doa-doa mereka ini jugalah yang Allah angkat tanpa hisab. 
Lalu saya dilihat kuat dan cergas meneruskan kehidupan dengan pelbagai aktiviti yang menyenangkan. 

Jauh di sudut hati saya, saya tahu dan yakin, saya ada doa mereka. Doa diam mereka yang turut diaminkan para malaikat. Doa mereka yang buat saya terus kuat dan bersemangat.

Saya terlalu meyakininya.

Membaca doa MakBonda dalam entri blognya bertajuk "Rezeki Bersilaturahim" buat hati saya bergetar menahan tangis rindu dan syahdu. Terharu dalam riang.




Sungguh. 
Saya sangat bersyukur.

Amat bersyukur atas kurniaan Allah kepada saya.

Punya sahabat wangi yang sentiasa di sisi.
Punya sahabat wangi yang sentiasa menadah tangan mendoakan kesejahteraan saya setiap hari.
Punya sahabat wangi yang saya pasti, Allah amat mengasihi mereka, melebihi kasih sayang saya kepada mereka. 
.



Saya sentiasa mohon doa kepada Allah, supaya mudahkan laluan perjalanan hidup sahabat-sahabat wangi saya ini, lapangkan dan beri ketenangan kepada mereka dalam melalui takdir kehidupan di dunia dan akhirat. Saya mohon kepada Allah Ya Samad, supaya permudahkan laluan mereka, ke syurga firdaus-Nya, tanpa hisab.
.
Saya sayang mereka semua, lillahi ta'ala.

Mohon silaturahim ini, Allah panjangkan sampai syurga.
Allahumma ameen Ya Mujeeb.
.
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

10 tahun bersama AFFIN

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Tahun ini, pada 10 April 2016, genap 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Pengerusi AFFIN Holdings Berhad.

10 tahun di kerusi dan meja yang sama, bilik yang sama dan Boss yang sama - YABhg Gen (B) Dato' Seri DiRaja Tan Sri Mohd Zahidi Hj. Zainuddin.
.
Banyak kisah dan peristiwa pahit manis, masam kelat, suka bahagia yang berlaku di sini - dan bilik 4 segi sama ini menjadi saksi bisu pada setiap kisah dan cerita.
.
Hari ini, Kelab Sukan pejabat @ KESKAH anjurkan trip ke Phuket, Thailand.
Sepanjang 10 tahun bekerja, hampir setiap tahun dapat mengelak diri daripada mengikut rombongan pejabat atas pelbagai alasan yang memang Allah izinkan ia menjadi alasan munasabah. Kecuali sekali, tahun lepas, trip ke Perth, Australia, terpaksa-rela juga mengikut tanpa boleh kompromi kerana tiada alasan untuk tidak ikut serta.
.
Setiap tahun, syarikat ini akan adakan dua trip.
Satu trip dalam negara dan satu lagi trip luar negara.
Ia berselang-seli untuk dua acara berbeza.
Trip KESKAH dan trip team building.
.
Tahun ini, kedua-dua trip adalah di luar negara.
KESKAH ke Phuket, Thailand.
Team-building ke Beijing, China. 
.
Dan tahun ini juga, saya memilih untuk tidak turut serta. 
.
Kenapa saya tidak suka ikut trip pejabat?
Salah satu sebab nyata yang tiada dakwa-dakwi lagi adalah kerana anak-anak yang berlima itulah.
Tidak pernah sekalipun saya tinggal bermalam di luar tanpa bersama mereka. 
Justeru itu, untuk melakukannya, adalah amat berat sekali.
.
Sebab kedua adalah, kurang diperkenan oleh suami. 
Tuan suami saya bukan jenis yang boleh berdikari dengan anak-anak yang ramai itu. 
Kasihan beliau sekiranya terpaksa mengurus anak ke sekolah, ke taska, ke tadika, menghantar, mengambil menjemput pulang dan lagi makan minum pakai yang tiga di bawah itu masih berpampers dan minum susu... huhuhu. Cabaran besar baginya.
.
Ketiganya. Hahaha. Ini bersifat peribadi dan agak melucukan.
Kerana saya G.A.Y.A.T!
Saya takut naik kapal terbang.

Biar naik kapal laut atau kereta - biar perjalanan jauh memandu atau berlayar di lautan, nama kata naik kapal terbang, mula jemari saya seram sejuk (menaip ini pun saya mula rasa gigil di jari-jari saya).
.
Mungkin saya pelik atau dikatakan mengada-ngada tapi, itulah hakikatnya.
Orang mungkin tidak faham rasa itu.
Sama seperti orang yang 'hantu durian' tidak boleh terima kenapa ada orang benci durian dan kata durian itu busuk.
Sama juga halnya kepada pencinta budu dan sambal belacan yang rasa pelik ada orang boleh menangis dan muntah bau budu dan sambal belacan.
Pun begitu juga halnya, kepada yang tidak mungkin faham, kenapa ada orang sangat takut dengan kucing sehingga boleh berdiri panjat atas meja makan apabila kucing lalu bawah kaki.
.
Rasa pelik itu tidak mungkin dapat difahami kepada orang yang 'normal' tetapi ia berlaku kepada saya yang 'kurang normal' ini.
.
Maka itu, saya lebih selesa untuk tidak ikut apa juga acara yang melibatkan perjalanan naik kapal terbang (kecuali tempohnya singkat seperti Penang - KL).
.
Untuk tahun depan, InsyaAllah direzekikan selesai pengajian PhD dan selesai VIVA serta submit full thesis (menanti detik konvokesyen sahaja - Amin Amin Amin), saya tidak tahu apakah ada alasan yang 'valid' lagi untuk saya tidak turut serta dalam trip anjuran Organisasi. Hihihi.
.
Hari ini, 13.05.16 hingga 15.05.06, rakan-rakan sepejabat sedang bergumbira di Phuket dan saya dengan senang hati duduk di pejabat buat kerja penulisan tesis (dan kerja Boss).
.
Bermula 16.05.16 hingga 22.05.16, Tan Sri Boss pula akan berangkat ke London selama satu minggu.

Doakan saya gunakan masa terluang itu untuk perkara manfaat yakni penulisan tesis PhD. Doakan saya dapat siap distribute dan collect questionnaire selewat-lewatnya hujung bulan ini (bulan 5) dan boleh tumpu kepada key ini data sepanjang ramadhan nanti (bulan 7).

Habis raya, sudah boleh buat analisis dan full write up (bulan 8). 
By bulan 9 sudah boleh isi borang VIVA. 
6 bulan permohonan - doakan VIVA sebelum bulan 3 dan dapat flying color.
Lepas itu, tunggu graduasi - Dr. Tiny Azleen Binti Yahaya. 
Amin. Amin. Amin. 
.
.
Untuk ketika ini, aktiviti lain, selain kerja dan penulisan tesis, hanya beri tumpuan kepada bengkel START MC -itupun rasanya nak buat 2 kali sahaja - untuk percuma, lepas tu, nak buat berbayar dan mungkin 2 bulan sekali baru buat. Bergantung permintaan dan waktu yang ada.
.
.
Aktiviti facebook, media sosial yang lain, akan diperlahankan sedikit demi sedikit.
Mungkin akan banyak diblog sebab mahu latih menulis di samping meninggalkan kenangan pada penulisan dan peristiwa.

Tulis di blog boleh panjang-panjang. 
Tulis di FB tak best panjang-panjang - lepas tu nanti, susah nak trace balik di mana cerita yang di tulis.
.
Ok. Cukup untuk hari ini.
InsyaAllah akan bersambung lagi.
Mohon ada umur dan rezeki yang Allah beri.
Amin. 
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

PhD Oh PhD : Part 20 ~ Menyambung yang tertunggak

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Sudahpun masuk bulan 5.
Semester ini kian menghampiri garis penamat pada bulan 6 nanti.

Banyak masa yang saya bazirkan (kiraan untuk tesis) dan langsung tidak beri penekanan kepada penulisan tesis.
.
Ya.
Saya tidak mahu terlalu stress memikirkan hal tesis ini, lagipula saya bukan pelajar full time yang punya 'deadline' untuk siapkan tesis dalam tempoh 5 tahun (alasan bagi sedap hati, dik!)

Meskipun sangat sedikit penulisan tesis dilakukan pada semester ini, namun saya sedikit terhibur apabila mengenangkan manisnya berjalan-jalan dengan naskah sulung saya, buku yang siap cetak dan terbit dan kini berada di rak kedai-kedai buku, Kerana Aku Hamba-Nya, dan selesai juga beberapa siri bedah / bicara buku dan juga dapat ke RTM / Angkasapuri dan ada slot di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang baru berlangsung (lagi lagi alasan nak bagi sedap hati, dik).
.
.

(Kenangan di PBAKL)

Dalam pada masa yang sama juga, Alhamdulillah, Allah izinkan siap modul Pre-START Model Canvas dan START MC, modul pemudahcara untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan penulisan tesis.

Cukup-cukuplah apa yang pernah saya rasai dahulu. Tiada arah tuju dalam mengumpul bahan tesis dan akhirnya membazirkan beberapa semester tanpa pencarian bahan yang betul dan bermanfaat.
.
Mohon Allah bantu untuk sebar-luaskan modul ini. Allah izinkan berasbab modul START TO STAR, saya dan tim InspiWriter akan masuk ke setiap dewan besar seluruh University, dalam dan luar Negara, termasuk Harvard and Lincoln-Inn University. UK, US, Jepun, Korea, Ireland, Brunei dan mana-mana sahaja yang namanya University berdaftar. Ameen. 
.



Mulai esok (sabtu, 14 Mei 2016), perlu ada anjakan paradigma dan azam baru!
Tumpuan kepada penulisan tesis.


Questionnaire sudah siap sepenuhnya.
Menanti di cetak dan diedarkan.


Minggu depan kena tekad pergi jumpa Dr. Kidin / fakulti dan minta surat permohonan edaran borang soal-selidik. 

Lepas tu minta jasa baik Tan Sri Boss untuk buat surat sokongan dan rekemendasi mengedarkan borang soal selidik kepada responden. 
.
Timeline: 
Mei 2016 - Cetak, edar dan kumpul borang soal selidik.
Jun 2016 - Masukkan data dalam SPSS / SEM (satu lagi siapkan jurnal)
Julai - Ogos 2016 - Analisis data (set temujanji dengan Prof Zainuddin)
September - November 2016 - Penulisan penuh termasuk analisis data (permohonan VIVA - 6 bulan sebelum tarikh)
December 2016 - satu lagi present jurnal.
.
Allahu Allah.
Mohon Allah Ya Baari rencanakan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan, semudah-mudahnya. Ameen.
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hamba-Nya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-


Pre-Hibernasi - Fokus penulisan tesis

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Minggu hadapan sudah 6.6.2016 - Hari pertama Ramadhan, puasa.
Hari tersebut juga merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan saya yang ke-12.

Alhamdulillah.
Allah izinkan dan kurniakan jodoh ini masih berkekalan serta direzekikan dengan 5 orang cahaya mata.

Sulung Perempuan - 11 tahun.
Kedua Lelaki - 9 tahun.
Ketiga Lelaki - 4 tahun.
Keempat Perempuan - 3 tahun.
Kelima Lelaki - 1 tahun 4 bulan.
.
Azam untuk bulan Ramadhan, akan 'SHUT DOWN' aktiviti online. 
Berazam untuk deactivate facebook dan tumpu perhatian kepada penulisan tesis PhD yang terbengkalai tanpa perhatian.

Sejak kehilangan file dalam dropbox, mahu mencari semangat itu kelihatan goyah dan payah.
Justeru, masa dihabiskan melayan laman sosial muka buku, dan kemudian masa dihabiskan tanpa sebarang penambahbaikan kepada penulisan tesis PhD yang semakin suntuk masa berbaki!
Aduhai hati!
.
Sesekali perlu ajar diri untuk kembali fokus dengan perkara yang menjadi keutamaan.
.
"Tak lari gunung dikejar"
'Facebook dan rakan-rakan masih di situ, lepas raya activate semula.'  - dialog pujuk hati. Hahaha.

Benar. 
Saya perlu fokus dengan penulisan tesis.
Tidak boleh bertangguh lagi.
Tahun depan sepatutnya saya sudah graduasi.
Tetapi, memandangkan pergerakan yang sedikit perlahan ini, tahun depan perlu berkejar untuk VIVA.

Perlu fokus kepada borang soal-selidik!
Aduhai, virus double M (malas dan malu) ini menyerang tanpa kasihan

Tuan badan sendiri yang mengelak dan tak mau makan antibodi double R (rajin dan redah).
Padan muka!

.
Perlu fokus dan tekad.
Untuk tulis, baca, tulis, edar soalan dan tulis lagi.
.
Allahu Allah.
Mohon Allah Ya Baari rencanakan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan, semudah-mudahnya. Ameen.
.
.

Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hamba-Nya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-
.

PhD Oh PhD: Part 21 ~ Hibernasi-lah sangat!

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Alhamdulillah.

Sudahpun masuk bulan Zulkaedah.

Bermakna, ramadhan dan syawal sudahpun berlalu.

Bermakna juga sudah 2 bulan status akhir itu di muatnaik sebelum ini.
Dan PhD Oh PhD 20, adalah pada bulan Mei.
.
Aduhai! Aduhai!
.

Dan kononnya, sepanjang ramadhan berhajat mahu 'berhibernasi' dengan memberi tumpuan kepada penulisan tesis... tapi hasilnya.... HUHUHU...
.
(Biar gambar berbicara!)

Itulah HASILNYA!
2 bulan berhibernasi yang tidak berhasil!
Berhasil untuk tulis semua tajuk (seperti dalam navigasi. Hihihi).
.
.
Kononnya terkesan dengan kisah-kisah syahdu yang terjadi sebelum dan semasa ramadhan lepas.
1- Kisah file dropbox yang ENTAH-SIAPA-DELETE dan  HILANG SEMUANYA! - Termasuk semua file tesis dan segala perihal penulisan dan file kerja.
2- Handphone 2 kali hilang dan terakhirnya langsung tak ditemui.
3- Ketiadaan smart-phone mengurangkan mood untuk sebarang aktiviti (termasuk tugasan ofis jadi sukar sebab segala contact number, gambar, tugasan di catat dalam smart-phone).
.
Kisah-kisah 'menyayat hati' itu menjadi antara punca mood untuk menulis tesis jadi tergendala.
Sepanjang Ramadhan, uninstall Facebook dan messenger, betul-betul lari daripada dunia maya seketika (padahal tajuk tesis perkongsian maklumat melalui media sosial... hahaha... sangat tidak bersesuaian dengan karakter si pengkaji saat ini. Huhuhu).

Masakan boleh senang hati, tertawa riang, asal sahaja buka laptop, terpandang file kosong... memanglah hilang keterujaan untuk melakukan sebarang tugas penulisan, apatah lagi berkaitan tesis.

Letih nak fikir semula apa yang mahu ditaip.

****
Jom kongsi rasa itu dengan analogi makanan di bawah.

.
Umpama nak buat kek karamel pelangi, kita sudah sedia siap semua bahan, sudah bancuh kek dengan penuh kegigihan dan kasih sayang, siap berselang-seli 'mempelangikannya', tinggal nak masuk kek dalam oven, dan teruja nak bancuh karamel dan gula hangus, tiba-tiba ternampak oleh kita bahawa sebekas kes itu masuk dalam tong sampah dan tak sempat untuk kamu selamatkan... WHAT WILL YOU FEEL?

Bersemangatkah untuk terus mengacau gula hangus dan siapkan karamel. 
Ya, boleh sahaja, tetapi 'kuciwa' itu pasti ada... Bukankah itu rasa normal manusia biasa?
.
Sila nikmati gambar untuk lebih membayangkan kegigihan dan keterujaan membuat kek pelangi yang belum dikaramelkan lagi.

(Gambar-gambar semuanya adalah 'ehsan' daripada gambar-gambar yang di ambil di google image). 

  
(Bersungguh menyediakan bahan, bermula pencarian resepi sehingga mendapatkan bahan di kedai dan diadun gigih dengan penuh keterujaan). 

(Bayangkan adunan yang berjaya beriya siap berhias ini HILANG @ berada dalam TONG SAMPAH!)

(Bagaimana rasanya nak buat karamel tanpa kek? Sedangkan hasil yang sepatutnya adalah KEK KARAMEL bukan puding karamel).
.
(Semangat untuk menghidangkan kek karamel indah ini, terbantut seketika! Huwaaaa).
.

Andaikan sahaja begini:
- Adunan kek pelangi itu - Penulisan Chapter 1, 2 dan 3.
- Gula hangus dan karamel - Borang soal-selidik dan jawapan responden untuk Chapter 4 dan 5.
- Kek Karamel Gula Hangus (siap hidang) - Tesis lengkap Chapter 1,2,3,4, dan 5 (binding!).



(Aduhai... Bertabahlah menanti siap sedia semuanya!)

Ya. Ini ujian, ini juga pengalaman.
Apa yang harus dibuat?

Ucapkan dahulu, Alhamdulillah.
Disusuli dengan ucapan, "Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Allahumma' jurnii fii musibati waakhlifli khairan minha (Datangnya dari Allah, kembali juga kepada Allah. Ya Allah, anugerahkan aku sesuatu yang lebih baik sebagai ganti daripada musibah ini). 
.
Dah... tenang tenang.
Cari semula file-file yang pernah disimpan di thumb drive lama (kalau ada, malangnya, tiada... huwaaaa) dan cari juga di email-email yang pernah diemail kepada pensyarah atau email sendiri. 

Ok. Alhamdulillah ada satu dua back up meskipun tidak banyak.

Langkah lain, cari balik proposal atau printed-printed edition yang pernah print untuk tunjuk kepada supervisor. BINGO!

Maka, gigihlah untuk taip semula.... wakakakaka.
.
.
Oklah.
Kita siapkan jugalah gula hangus dan karamel tu.

(Borang Soal-Selidik)

Tunggu panggilan daripada Organisasi yang menjadi responden kajian. Selepas edar borang, kita set appointment dengan Prof. Dr. Zainudin Awang. 

Sekarang, masa untuk menulis semula Chapter 3,2, dan 1.
Let's DO IT!
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-


PhD Oh PhD : Part 22 ~ Pilot Test

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Setelah melalui fasa-fasa menyayat hati seperti dalam entri lepas, (kononlah sangat!), saya membulat tekad untuk mula kembali penulisan yang memang sangat lama terbengkalai.

Puas memujuk hati supaya cepat-cepat keluar daripada rasa duka itu. Tidak mahu berlama-lamaan dalam kotak emosi yang membazirkan masa dan tenaga.

Saya ambil semula kotak (yang sudah berhabuk penuh) yang tersimpan borang-borang soal-selidik untuk pilot test. Ada 62 keping semuanya.

Saya hubungi seorang adik junior (yang sudah lepas VIVA, bahagianya!), saya minta set temujanji untuk ajarkan cara masukkan data dalam SPSS untuk dapat realibility item kajian.

Dapat tarikh temu-janji, sabtu lepas, jam 2.00 petang, saya berteleku menadah ilmu dan meminta bantuannya mengajar saya untuk kendalikan data SPSS. 

Alhamdulillah, Allah datangkan malaikat kecil ini untuk membantu saya.

Allah Ya Wasi' Ya Barr ganjari beliau dengan sebaik-baik kebaikan, sebanyak-banyaknya.




Beliau turut mengajar bagaimana mahu cari realibiliti.


Fuh!

Belajar daripada orang yang mahir, mudah benar melihatnya.

Dan memang mudah apabila mengetahui cara dan kaedah yang betul.



Gigih snap gambar satu persatu, takut terlupa step. Hahaha.
Terima kasih kepada teknologi. Hihihi.



Jam 6.00pm SIAP key-in kesemua 62 data. Alhamdulillah.



Seronok apabila lihat data-data, Cronbach's Alpha tinggi dan melepasi takat minima yang diperlukan.


Ternyata soalan-soalan itu boleh dipakai untuk Actual Test. Alhamdulillah.
.

Tapi tak semua, ada juga yang mengundang padah!

Adoi.


Cronbach's Alpha rendah, below .7, memang haruslah kena tukar soalan ni. Huhuhu.
.
.
Sekarang sedang gigih menyiapkan laporan untuk 'Kebolehpercayaan Item'. 

Mohon sangat Allah izinkan mood rajin ini berterusan.

Mahu siapkan juga penulisan penuh tahun ini!

M.E.S.T.I!



Mahu VIVA bulan 3, 2017.

WAJIB USAHA SAMPAI BERJAYA.

Sedang motivasikan diri sendiri untuk kuatkan semangat dan terus berusaha sampai menjadi.

BUAT BAGI JADI!

Allah pandang pada usaha, sebab ketentuan itu HAK-NYA!

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-


PhD Oh PhD : Part 23 ~ Final Semester!

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.



Apabila membaca surat daripada UPM tertera maklumat pengesahan pendaftaran pelajar, terus jantung rasa macam nak tercabut!
.
Allahu Allah.

Semester ini sudah di semester akhir, TAHUN AKHIR pengajian - 2017.

Terasa masa yang panjang itu, cepat pula berlalunya.

Sejak mendaftar pada penghujung tahun 2011, dengan 2 kali defer semester, tahun ini merupakan tahun kelima pada semester ke-10.

Tawaran pengajian adalah sebagai pelajar SEPENUH MASA tetapi keadaan sebenar pengajian adalah SEPARUH MASA.

Sepanjang 2011 - 2017, tiga kali proses mengandung, kelahiran dan berpantang. 
Dan ya, seperti yang rakan-rakan pengajian cakap, saya ada '3 anak PhD!' (2012, 2013 dan 2015).
Dan supervisory committee saya oulak cakap, "Baik awak siapkan cepat PhD ni Tiny, kalau tidak, lagi bertambah setiap tahun!" D.E.N.G!

Tahun ini juga merupakan tahun ke-11 saya menjawat jawatan yang sama, iaitu sebagai Setiausaha kepada Pengerusi di syarikat yang sama iaitu Affin Holdings Berhad, Kuala Lumpur (syarikat induk kepada Affin Bank Berhad, Malaysia). 

Menggalas tugas sebagai pelajar dan ibu kepada 5 orang anak range umur bawah 12 tahun, juga pekerja sepenuh masa yang bertugas Isnin-Jumaat, 8.30pagi hingga 5.30 petang, yang perlu keluar rumah seawal jam 6.30pagi untuk hantar anak-anak ke sekolah, tadika dan taska, juga pulang adakalanya lewat hingga ke malam, saya akui saya tidak mampu bergerak sendirian tanpa izin Allah dan tanpa Allah hadirkan malaikat-malaikatnya yang tidak putus-putus memberikan bantuan.

Sungguhlah Allah Ya Malik itu penguasa yang mempunyai kekuatan dan DIA sahaja yang mampu beri kekuatan kepada sesiapa yang dikehendaki.

.
Semester akhir ini, pastinya saya lebih tertekan.
Tertekan untuk siapkan Chapter 4 dan 5 dan bersedia untuk VIVA.

Pada post PhD Oh PhD: Part 22 yang lepas, bersungguh saya mohon untuk VIVA bulan 3.
Tapi, nampaknya dengan progress yang agak perlahan (final data belum siap), mungkin akan berlaku kelewatan kepada permohonan tarikh VIVA! Huhuhu.

Tidak mengapa.
Jalan Terus!
.
TULIS SAMPAI S.I.A.P!
BUAT BAGI JADI!

 
.
Saya tahu Allah sudah aturkan sebaik-baik rencana-Nya untuk saya.
Namun saya juga akur, bahawa takdir Allah itu atas doa hamba-Nya juga.

Maka itu, saya sangat berdoa dan berdoa dan berdoa juga memohon doa sekalian yang ikhlas mengingati saya supaya doakan untuk saya supaya siap penulisan tesis sepenuhnya tan VIVA dengan distinction serta graduasi pada tahun ini, 2017.

Ini doa saya setiap waktu. Saya mohon Allah terima doa ini dan doa orang yang ikhlas mendoakan yang sama kepada saya, tanpa hijab dan terus ke langit-Nya. Allahumma Ameen Ya Mujeeb.
.
Hari ini saya menulis apa rasa hati saya.
Sebenarnya lucu apabila dipandang dari skop yang besar.
Sebab PhD ini hanya samada sehelai 'temucut' atau sepohon pokok kelapa dalam padang kehidupan yang luas.

Tapi, saya mengimpikan PhD saya ini ibarat sepohon pokok kelapa dalam ribuan pokok kelapa di ladang kelapa.

Maksudnya, biar PhD ini menjadi manfaat kepada diri saya dan dapat saya manfaatkan kepada orang lain. Itu azam saya dan iltizam saya untuk menggenggam ijazah ini.

"THE TIME WILL COME!" Alhamdulillah.
.
Saya tahu itu.
Saya tahu Allah lebih tahu keperluan PhD itu kepada kehidupan dan masa depan saya dan kenapa saya bersungguh mahukannya.
Saya yakin akan Ar-Rahman Ar-Rahim Allah.
Saya terusan mohon dan minta kepada Allah Ya Samad.
Mohon Allah Ya Baari rencanakan semudah-mudahnya perjalanan penulisan tesis ini, kelancaran semasa VIVA dan keputusan pemeriksa yang baik serta penerimaan senate untuk saya graduasi tahun ini. Amin. Amin. Amin. 
.
.
Hmmm... 
Membaca semula flow dari atas ke bawah, saya sendiri keliru, sedang berbicara sendirikah atau sedang bercerita kepada khalayak pembaca?

Inilah 'penangannya' apabila sudah lama tidak tulis di media sosial dan sudah terlalu tepu dengan penulisan akademik dan juga terlaku pekat rasa debar dalam dada menghitung hari-hari yang dihabiskan tanpa menulis tesis. 


*******

Hari sabtu minggu ini, kenduri kahwin adik lelaki saya.
Pun jiwa tidak menentu. Mood mahu meraikan sangat tipis.
Keterujaan hampir kepada 'nol' sebab tinggal satu sabtu dan ahad sahaja selepas minggu ini untuk saya prepare tesis saya sebelum perjumpaan seterusnya dengan 'Supervisory Committee Member' yang setakat ini dicadangkan tarikh pada 22 Feb 2017.

* 'Supervisory Committee Member - Ini juga satu 'topik' menarik untuk dijadikan satu post. 
Simpan untuk next post. Hihihi.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-






PhD oh PhD: Part 24 ~ Tersasar time-line

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Hari ini sudah melewati bulan ke-5 tahun 2017.

Sepatutnya, mengikut angan dan impian, waktu ini sedang menanti tarikh untuk VIVA...

Perancangan awal tahun semasa daftar semester akhir ini, bersungguh mahu siapkan tesis dan berazam untuk VIVA pada bulan 3... 

Namun, benar sahaja apa yang difirmankan Allah:








"Manusia merancang, Allah juga merancang; Sesungguhnya Allah sahaja sebijak-bijak perencana." (AL-Quran, Surah Ali-Imran 3: Ayat 54).

Sehingga bulan 4 juga masih belum diizinkan Allah untuk submit tesis penuh.
Ada sahaja komentar jawatankuasa penyeliaan untuk diperbaiki lagi isi kandungan tesis.

Malah, sehingga minggu lepas (4 Mei 2017), jangkanya perjumpaan akhir dan boleh submit tesis penuh pada hari jumaatnya, NAMUN tetap, jawapan yang diberikan sedikit mengecewakan iaitu - perlu perbaiki lagi pada bahagian 'diskriptif' dan kurangkan slide (daripada 24 kepada 15 sahaja!)
.
Allahu Allah.


Perasaan tatkala ini?

Hmmm... sudah melepasi rasa kecewa atau tidak puas hati...
Tiada lagi... kerana time-line' yang ditetapkan telahpun berlalu pergi bersama impian untuk graduasi tahun ini.

Alhamdulillah.
Tidak. Saya tidak lagi rasa marah mahupun sedih sebab saya tahu rencana Allah itu lebih hebat daripada keinginan saya yang kecil hama ini. 

Dan saya berpegang teguh kepada janji Allah seperti yang difirmankan-Nya:

".... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah itu hanyalah orang kafir!" (Al-Quran Surah Yusuf 12: Ayat 87).

Pastilah saya mahu benar menjadi mukmin yang dikasihi malah dicintai Allah... 
Justeru itu, pastilah saya sedar segalanya ini ada dalam ketetapan Allah dan Allah tidak pernah salah memberi hitungan kepada hamba-Nya...

Saya redha... kerana saya tahu Allah sudahpun sediakan laluan yang indah untuk saya.
Sebab saya selalu berdoa dan berdoa dengan penuh yakin dan pergantungan total kepada-Nya.
Maka, saya tahu benar, Allah sedang makbulkan doa-doa saya dengan cara yang hanya DIA tahu itu untuk kebaikan saya.

Benar, saya sudah berdoa dan berusaha. Dan doa dan usaha itu termasuk dalam rancangan saya.
Dan benar lagi, saya yakin benar. Allah sedang merencana, dan takdir-Nya itu adalah sebaik-baik rencana untuk diri saya.

Alhamdulillah.

Saya perlu lakukan apa yang perlu saya lakukan, yang dalam kawalan diri saya...
Di luar daripada itu, saya serahkan kepada Allah Ya Muktadir untuk uruskannya untuk saya.

Yang saya boleh kawal saat ini adalah momentum saya untuk siapkan slide dan penambahbaikan kepada tesis.

Yang saya tidak boleh kawal adalah tarikh bila saya boleh submit full tesis, tarikh VIVA, keputusan panel dan graduasi tahun ini. Hihihi.

InsyaAllah, saya mahu kekal positif menikmati baki-baki perjalanan PhD ini...
Tinggal sedikit sahaja lagi puncak gunung PhD ini untuk ditawan... sedikit sahaja lagi...
Saya mahu terus melangkah sehingga ke titik paling atas.
Dan kembali memberi manfaatnya, kepada persekitaran yang memerlukannya.

Mohon Allah izinkan.
Ameen.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-



PhD Oh PhD: Part 25 ~ Thesis Submitted!

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Sudah penghujung bulan 6 dan penghujung ramadan. 
Berbaki 3 hari untuk sampai kepada bulan syawal.
.
Ramadan tahun ini sungguh indah apabila melaluinya tanpa perlu memikirkan penulisan tesis seperti tahun-tahun yang lepas. 
.
Hari ini, buka portal GSO UPM. 

Rasa mata masuk habuk melihat status yang tertera di 'Study Status'.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
.
Pada status itu, pernah kena 'dropped' kerana lewat bayar yuran (tak tahu yang MyBrain 15 tawar hanya sampai tahun 2015! Ingatkan masih dibiayai MyBrain, rupanya tahun tu dah kena bayar sendiri! Cheh!) Dan paling teruk pernah kena 'terminated' gara-gara tak submit keputusan Comprehensive Exam (pernah diceritakan dalam Part sebelum ini!)
.
Memang cuak.
Tapi, ya, itulah kenangan dan detik mahal apabila menjadi kenangan.



Dalam pada rasa bahagia sebab tesis sudah hantar, sebenarnya rasa debar dan cuak itu tetap di situ. Menaip ini sahaja, jari-jari terasa sejuk beku. Ini disebabkan ruangan 'tentative date for Viva' dan 'Final date for Viva' belum terisi.

Melihat pada ruangan Date thesis sent, lagi rasa cuak. Maknanya tesis sudah sampai ke tangan para Examiner. Menanti mereka mengisi komen dalam ruangan 'Date reports received by SGS'.

Allahu Allah. 





Mengambil berkat ramadan untuk berdoa dan terus berdoa supaya Allah Ya Latif lembutkan hati para examiner untuk baca dengan linean dan Allah Ya Wahhab Ya Razzaq rezekikan examiner berlapang dada untuk beri kelulusan dengan distinction (diterima penuh). Allahu Allah.

Mohonnya direzekikan sedemikian.
Allahumma ameen Ya Mujeeb.

Sedang berdebar meskipun rasa lega pada satu bahagian.

.
Walau apapun, raya tetap raya.
Nak sambut raya dengan bahagia.
Tahun ini balik Kulim, Kedah.
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

PhD Oh PhD: Part 26 ~ Menanti VIVA - Training Asas penulisan Tesis

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Sudah penghujung Julai 2017.
Sudahpun berakhirnya syawal dan bulan kemerdekaan bakal menjengah.

Tarikh VIVA masih belum diperolehi (ye lah, baru sebulan lebih sahaja dari tarikh submission, entahnya lecturer pun baru nak panas enjin selepas raya. Hahaha).

Masa berbaki sebelum dapat tarikh, hajat hati mahu berkongsi ilmu.


Slide-slide yang pernah dibuat dahulu (yang konon berhajat besar nak buat training tapi tak terbuat-buat pun lagi), diselak kembali dan kali ini datang lagi rasa mahu berkongsi ilmu.

Namun, dalam hati, Tuhan sahaja tahu.
Tidak mampu tipu diri, kebimbangan adalah, SIAPA YANG MAHU SERTAI TRAINING ini?

Sungguh.
Aku sedar, kita merancang, namun perancangan Allah lebih sempurna.
Allah Ya Khaliq Ya Wajid juga yang berkuasa menggerakkan hati-hati insan untuk bertemu mata. Mana aku mampu menggerakkan hati manusia dan memaksa mereka untuk hadir meskipun aku buat secara percuma, sekiranya rencanaku tidak selari dengan izin Allah.

Di Facebook, aku sudah uar-uarkan, sekiranya ada yang mahu turut serta untuk aku kongsikan "Sembang Tesis Bersama KakTiny."


Bayaran?
Ya. Aku kenakan bayaran, seminima yang aku rasa mampu (kot) untuk dibayar supaya aku tahu ada komitmen dan kesungguhan daripada pihak yang mahu bertemu aku. 
.
Ye lah, lain orang, lain caranya. 
Aku berpandangan, dengan bayaran komitmen itu, menunjukkan kesungguhan peserta yang mahu hadir juga sebagai keyakinan komitmen aku untuk hadir juga.

Paling tidak, ada juga duit untuk bayar sewa tempat (dah kenapa aku nak sewa tempat kalau tak ada orang nak hadir? Sewa tempat pulak bukan boleh main 'walk-in sahaja! Paling tidak, kena bayar down payment weih!)
.
Tapi, yang kelakar jugak adalah, slide untuk Pre Pre-START MC ni dah lama siap. Sejak tahun 2015 kot. Hahaha

E-book Pre-START MC ni pun dah lama siap. Tahun 2014 dah mula derafnya. 

Menunjukkan betapa aku sangat teringin nak buat 'training' @ berkongsi pengetahuan seciput aku ini dengan orang yang betul-betul memerlukan seperti aku dahulu.


Setakat hari status itu dimuat-naik, baru seorang yang reply berminat untuk hadir. Hihihi.
Tidak mengapa, meskipun seorang, andai itu  yang Allah takdirkan, aku cuba laksanakan.
Mohon Allah permudahkan.

Kenapa beriya aku mahu buat training ini?
Setiap orang ada ruang dan peluang untuk cari ilmu.
Setiap orang ada ruang dan peluang untuk amalkan ilmu yang Allah anugerahkan kepadanya.
Setiap orang ada ruang dan peluang yang Allah izinkan untuk sebarkan ilmu.

Dan setiap orang, ilmu yang Allah beri itu berbeza-beza. Meskipun ada yang sama, namun tingkat, pemahaman, olahan dan penghayatannya berbeza.



 Apabila Allah datangkan ujian dan aku melalui kesukaran untuk memahami PROSES AWAL PENULISAN TESIS, dalam sedar tak sedar, rupanya Allah sedang anugerahkan aku ilmu yang melebihi sekadar penulisan tesis untuk diriku. 

Pengalaman itu buat aku sedar, bahawa ada insan yang hanya bergantung kepada semangat semata-mata untuk memulakan pendakian menawan puncak PhD ini. Dan orang itu adalah AKU!

Aku pasti, manusia ini, skrip kehidupannya hampir sama. 
Ada sahaja yang memegang 'sampul skrip' yang serupa.

Justeru itu, aku berazam, untuk membantu terutamanya pelajar PhD yang terdiri daripada ibu-ibu yang berkerjaya, yang juga pekerja dan yang jarang berinteraksi dengan pihak Universiti atas kekangan masa, tenaga dan kewangan.

Aku merujuk kepada diriku sendiri.
Nyatakanlah kursus mana, bengkel mana, kelas mana, meskipun sessi konsultansi 'one-to-one', biarlah berbayar, aku sanggup - kerana feeling 'lost' itu sangat perit. Lama-kelamaan boleh membawa kepada 'down' yang kritikal. Aku lalui rasa-rasa itu, yang hampir memusnahkan banyak sisi dalam kehidupanku! Astaghfirullahal azhiim.

"Siapa kena, dia tahulah rasanya macam mana." 
Umpama mahu gambarkan sakit bersalin, anda takkan mampu ceritakan secara terperinci bagaimana rasanya sakit daripada contraction sehingga bayi keluar! Dan ya, tidak semua orang berpeluang merasainya!
.
Atas kesedaran dan keinsafan diri sendiri, aku bersungguh mahu buat training "ASAS yang asas kepada persediaan penulisan tesis dengan Pre-START MC."

Cadangan kelasnya:-

Tarikh: 27 Ogos 2018 (Ahad)
Jam: 9.00pagi - 11.30pagi
Tempat: Sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bayaran: RM20.00 / pax

Berminat? Email kepada ciktiny@gmail.com dengan tajuk "Sembang Tesis KakTiny 1.0/2017"
Sertakan butiran berikut:-

1- Nama

2- No. telefon (yang boleh whatsapp)
3- Alamat
4- Maklumat Akademi (sekiranya sedang dalam pengajian):
a) Bidang
b) Universiti
c) Tahun Pengajian

.
Berhasil tidak, Wallahu 'alam.
Ini usahaku membantu menyebar ilmu, selebihnya yang memang sejak awal rencana sehingga akhirnya adalah urusan Allah Ya Awal Ya Baari Ya Akhir. Ini cuma nawaitu, impian dan usahaku, untuk berkongsi dan menyebar ilmu, dengan kebenaran, kesabaran dan kasih-sayang.

Mohon Allah Ya Baseer pandang perbuatanku dan perkataanku, selari dengan niatku, semata-mata untuk dapatkan reda-Nya bagi memenuhi amanat Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang tercinta.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.
.
.

Mohon Allah perkenankan.
Ameen.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-





PhD Oh PhD: Part 27 ~ FINALLY - Tarikh VIVA - 06092017

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Lepas submit form 14a, (intention to submit thesis) setiap hari berdebar menanti tarikh untuk submit form 15-a (submission of thesis) pula.

Apabila form 15a sudah diterima dan diarahkan hantar full submission untuk penentuan tarikh VIVA, itupun satu debaran juga.




Hampir setiap minggu, tanpa jemu, bermula tarikh 09-06-2017 (penerimaan tesis) itu, portal dibuka berulangkali, dengan harapan, dapat melihat tarikh tertera pada bahagian 'Final Date of VIVA'.
.
Jun beralih Julai beralih Ogos, portal dibuka dan harapan ditanam sedalamnya. Mahu sesegera mungkin mendapat keputusan. Mahu dapatkan tariknya supaya debaran di dada boleh surut dengan segera.



Pada 14 Ogos, cuba bertanyakan penyelia @ Dr. Kidin, boleh tidak dipercepatkan waktu untuk VIVA?
Jawapan Dr. Kidin, katanya, "Perlu tunggu jawapan pemeriksa luar."

Baik. Akur.

Pada 16 Ogos, sekali lagi, buka portal, TERNYATA... TARIKH SUDAH ADA!!!
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Alhamdulillah. MasyaAllah. Tabarakallah.

Girang hati bukan kepalang, sudah tertera tarikh untuk VIVA: 6 September 2017.

Maksudnya: 
Tarikh tesis diterima adalah pada - 09062017.
Tarikh perbentangan VIVA pada  - 06092017.

HAHAHA... 
Dah macam keluarga 69 pulak tariknya.
Tak apalah. Yang penting, dah ada tarikh nyata.
Untuk satu penantian yang menyiksa jiwa.

  

Sekarang ini, masa untuk siapkan slide.
Maksimum adalah 20-24 slide.
Sebab masa diberikan untuk perbentangan hanya 20 MINIT.

Rasa hati kala ini?
Ya Tuhan.
Berdenarnya lain macam.
Macam nak tunggu hari melahirkan.
Setelah 'mengandung' 5 tahun - nak keluarkannya pada satu tarikh yang pasti itu, sangat menyesakkan dada dan jiwa. Membayangkan segala kemungkinan yang indah dan duka.
Allahu Akhbar. 

Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Siapa melalui, dia memahami.
Itu sahaja yang mampu dilafazkan saat ini.

*****
Nota tambahan.

Harapan, impian dan angan-angan mahu buat Pre-Training Pre-START MC seperti yang diuar-urakan dalam entri yang lepas hanya tinggal impian yang tak berkesampaian. Tiada sambutan (ok, ada yang email, hanya seorang. hihihi - Tapi, Tuan Suami kata, tak perlu sertai atau lakukan apa-apa aktiviti berkisar seminar, kelas, bengkel, terutamanya yang tiada kaitan dengan tesis sendiri, sehingga selesai perbentangan VIVA). 
.

Alhamdulillah. Tidak mengapa.
Belum masanya.

Allah Ya Baari lebih tahu perancangan yang lebih baik.
Alhamdulillah.
.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.
.
.

Mohon Allah permudahkan.
Ameen.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-



PhD oh PhD: Part 28 ~ Kejayaan yang tertangguh (RE-VIVA).

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Rabu, 6 September 2017.
Tarikh sejarah, tarikh keramat.

Tarikh VIVA PhD seorang calon PhD bernama Tiny Azleen Binti Yahaya.

Tarikh yang diimpikan juga digeruni pelajar-pelajar PhD di seluruh Universiti di Malaysia ini.
.
Akhirnya, saya telah melalui tarikh itu.
Tarikh yang memang akan menjadi kenangan paling bersejarah dan terkesan lama.
.
Berhari-hari malah berminggu juga saya mengambil masa untuk bercerita tentang tarikh ini.
.
PENAT, LETIH, LESU.
Mungkin itu perkataan yang boleh menggambarkan rasa usai keluar daripada bilik VIVA.
.
KEPUTUSAN?
RE-VIVA.
.
Ya, saya akur, itulah keputusannya.
Namun, saya tahu, keputusan sebenarnya adalah RE-SUBMIT tetapi berkat kegigihan Penyelia saya, Dr. Kidin yang bertungkus-lumus membela, juga sifat kelembutan dan kasihan yang Allah Ya Latiff Ya Rahman Ya Rahim lemparkan ke dalam hati Chairman Viva, Prof. Azizan dan Dato' Hasni, serta doa-doa para penduduk bumi yang disebarkan dengan penuh tulus lagi penuh harap, dan mungkin ada penduduk langit juga yang kasihankan doa-doa para pengirim doa, maka keputusan keras pemeriksa-pemeriksa yang awalnya mahu memberi RE-SUBMIT, bertukar menjadi RE-VIVA. Alhamdulillah.
.
***
Rentetan peristiwa:

Seawal jam 8.00pagi saya sudah bersedia ke GSO UPM.
Sempat sarapan bersama Tuan Suami yang menemani sepanjang hari.
.

Jam 9.00pagi sudah bersiap sedia untuk dipanggil masuk ke bilik VIVA.



Dapat bilik Viva-3. Terpampang nama di depan pintu.


Terus cari bilik dan buat persiapan.

Alhamdulillah, sepanjang persediaan menanti waktu VIVA, tidak ada langsung rasa degupan jantung yang maha kencang. Tipulah kalau tak rasa bimbang, tapi Alhamdulillah, tidak ada rasa seperti mahu pitam atau gemuruh yang melampau.

Membaca doa daripada para pengirim doa dan ucapan segala ucapan daripada yang memberi komentar di ruangan Facebook benar-benar memberi ketenangan dan kelancaran pada hati dan lisan.

Pemerika-pemeriksa sampai dalam jam 9.45pagi.
Prof Azizan (Chairman VIVA) minta pastikan Penyelia hadir. 
Masa ini, ada rasa sedikit kebimbangan sebab Chairman VIVA beriya suruh pastikan penyelia hadir.

Menurut kata pemeriksa luar (sempat berbual dengan beliau sebelum pemeriksa-pemeriksa lain datang), kehadiran penyelia penting sekiranya keputusan tidak memuaskan (biasanya jika keputusan re-submit). 


Sementara menanti pemeriksa berbincang, duduk lepak di luar dengan Dr. Kidin (masa ni, sebenarnya Dr. Kidin dah tahu keputusan), tapi dia cuba berlagak cool supaya saya tak susah hati dan sedih.
.
Pada jam 10.00pagi, mula perbentangan. 
15 minit sahaja (mengikut skrip yang telah disediakan awal).
Alhamdulillah, lancar tanpa kebimbangan dan kekencangan jantung yang hebat.
Sangat tenang. 
.
Kemudian, sessi soal jawab.
ok. INI TERUK!
Memang kena bertalu-talu kiri kanan depan belakang.
Memang 'azab' jugaklah.

Yang sedihnya, isu-isu teknikal diambil kira sebanyaknya.

Contoh:
1- Soalan item sekian-sekian tidak mengukur maksud variable itu sendiri.
2- Formula pengiraan sampel saiz ini tidak habis, ada sambungan lagi cara pengiraannya.
3- Peratusan pengiraan sampel ni ambil daripada mana? Salah. Kiraannya sepatutnya sebegini.
4- Kenapa tajuk kaji organisasi yang tak aktif pakai media sosial tapi dapatan kajian melalui instrument kajian dapati pekerja aktif menggunakan media sosial?
5- Apa beza bab unit analisis dengan sampel kajian?
.
Tapi benar, saya belajar banyak perkara, bukan sahaja bab penulisan tesis, tapi juga sikap manusia. Watak setiap seorang pemeriksa, tutur kata dan cara fikir mereka, saya perhalusi dan ambil iktibar serta pengajaran daripadanya. 
.
Jam 12.15pm, baru selesai urusan soal-jawab.
Dekat 2 jam jugaklah.
Masa jam menunjukkan 12.15pm, baru saya terasa lama benar masa berlalu.
Saya mahu segera habis dan tidak daya lagi ditembak bertalu-talu.
Terasa bodoh yang amat buat PhD yang hanya untuk serah diri ditembak membabi buta tanpa keperluan yang hakiki! Itu perasaan saya pada detik jam 12.15pm, 6/9/2017!
.
Kemudian, pemeriksa suruh saya keluar.
Tinggal mereka bersama penyelia saya, Dr. Kidin.
'Lawan hujah' bersama penyelia mengambil masa sehingga jam 1.00pm (dekat satu jam jugaklah).



Saya menanti penuh sabar dan penuh debar.
Dalam hati sudah berkira-kira, dan sudah tinggi prasangka dan perasaan bahawa keputusan saya tidak seperti yang dibayangkan. Tidak seindah yang diimpikan. Saya cuba memujuk hati dan bersedia menerima berita buruk yang bakal keluar daripada 'bilik tersebut'.
.
Saya lihat Tuan Suami  yang menanti penuh setia di hujung sudut.
Ber'whatsaap' dengan Tuan Suami dari kejauhan yang sejengkal.
Menyatakan betapa kegusaran sedang memenuhi ruang fikir dan diri.
Sudah menduga kebarangkalian keputusan akan mengecewakan.
Tuan Suami masih positif dan menyuruh bersabar.


.



Kemudian penyelia keluar dan duduk bersama saya.
Saya tanya Dr. Kidin, terukkah keputusan saya?
.
Ayat Dr. Kidin yang saya ingat dan kenang sehingga hari ini adalah:

"Tiny, yang penting dapat PhD, kan?"
"Kalau kena collect data semula, boleh kan?"

Saya jawab;
"Dr., saya sudah buat semampu saya. Apa juga yang Allah takdirkan, saya belajar dan saya reda. Kalau itulah keputusannya, ya, saya setuju. And I do agree with you, yang penting, dapat PhD. No matter what."
.
Saya senyum dan sudah mula belajar menerima keputusan yang bakal saya dengar.

Kira-kira 15 minit kemudian, pada jam 1.15pm, pemeriksa selesai perbicangan akhir.
.

Kemudian saya dipanggil masuk. 

Chairman VIVA tanya satu soalan sebelum beri keputusan.
"Tiny, kamu kerja?"
"Ya Prof. Kerja."
"Lepas ini, boleh kamu ambil cuti seminggu dan berkampung di Fakulti untuk mula menulis?"
"Susah jugak Prof. Sebab saya kerja."
"Habis tu, bila masa kamu menulis?"
"Sabtu ahad atau di pejabat ketika Boss tak ada."
(Ketika ini sempat saya mengerling kepada salah seorang pemeriksa, tergambar anak matanya seperti sedang tertawa sinis kepada saya).
"Tak boleh. Tak boleh. Kamu kena ambil cuti seminggu untuk duduk berkampung dan menulis dengan betul!" (tegas Chairman VIVA bersungguh).
(Kali ini saya teringat pesanan Dr. Kidin dan pesanan penyelia-penyelia lain supaya jangan membantah keputusan pemeriksa).
"Baik Prof. Saya akan ambil cuti seminggu, duduk berkampung dan dapatkan nasihat penyelia dan perhap pemeriksa untukbantu tulis seperti yang sepatutnya."
"Baik." (Chairman VIVA mengangguk seperti puas hati).
.
Kemudiannya, Chairman VIVA tarik nafas dan sebut:
"Tahniah Puan Tiny Azleen Binti Yahaya. Kamu lulus VIVA dengan major correction DAN bersyarat. Kamu perlu buat rombakan semula dalam masa 60 hari seperti yang dalam laporan yang akan diberikan dan perlu RE-VIVA sekali lagi di hadapan kami, panel yang sama pada bila-bila masa yang kamu sudah bersedia."

"ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.
Terima kasih Prof, terima kasih pemeriksa semua.
Terima kasih banyak-banyak.
Jazakumullahu  khairan khathira."

Itu sahaja yang termampu saya sebut dan lafazkan.
Saya sudah menerima keputusan untuk RE-SUBMIT.
Tetapi apabila dikatakan LULUS dan Re-VIVA, itu sudah memadai bagi mengurangkan kesedihan hati.
.
Sempat saya hadiahkan naskah Kerana Aku Hamba-Nya kepada kesemua jawatankuasa pemeriksa sebagai tanda cenderamata dan kenangan.
.

Sebelum berangkat pulang, ambil gambar kenangan dengan penyelia dan pemeriksa (lagi dua orang, sudah pulang! Hihihi). 




Meskipun LULUS dengan RE-VIVA, namun perasaan sedih itu tetap ada.
Rasa tidak seronok itu menerawang di sekitar minda dan jiwa.
Namun, saya kekal bertenang.
Pergi solat zohor dan makan tengahari bersama Tuan Suami yang setia.




Saya masih tenang ketika berbual-bual dengan Tuan suami sehinggalah menjelang waktu asar. Tuan suami tanya mahu pulang ke rumah atau ke Masjid? Saya pilih untuk berjemaah di Masjid.

Tuan Suami ke Masjid Hasanah, Bangi.
Sementara menanti azan, duduk sebentar dalam kereta.

Sebaik kalimah azan berkumandang menyebut "Allahu Akhbar, Allahu Akhbar"...
Empangan mata saya pecah dengan ari mata yang bertali arus turun dengan banyaknya dan sukar diberhentikan. Baru terasa sarat beratnya dada dengan keputusan yang diterima.

Tuan Suami tergamam namun diam tidak bersuara, memberi saya ruang untuk melepaskan apa yang terbuku di dada dan bairkan saya dalam momen berinteraksi dengan Tuhan secara maya.

Usai azan, saya melangkah masuk ke masjid.
Usai dirikan solat asar, saya berteleku dan bertafakur sebentar.
JEDA!
.
.
******
Malamnya, kepala terasa berat dan sarat.
Seperti baru tersedar lenguhnya kaki yang memanjat gunung salji.
Kebas, beku dan sakit.
.
Saya menangis lagi.
Tiba-tiba malam itu saya terasa sangat bodoh.

Saya katakan kepada suami, saya manusia yang paling bodoh. Saya seorang yang gila yang membuat kerja gila. PhD bukan langsung keperluan dalam kehidupan saya, tetapi saya memilih untuk memasuki dunia yang tidak ada keperluan untuk saya. Untuk apa? UNTUK SIA-SIAKAN USIA?!
.
Malam itu saya sepertinya hilang jati diri dan semangat.
Saya menyalahkan diri yang membazirkan masa, tenaga, duit ringgit serta peluang untuk melangkah jauh dalam dunia kerjaya hanya semata-mata mengejar sijil bodoh  yang bernama PhD!
Ya, malam itu saya benar-benar 'masuk' ke dalam 'zon kecewa'. Saya biarkan diri saya mengikut rasa hati yang bercelaru. Saya layan nafsu saya yang menyumpah seranah kebodohan diri memilih untuk buat PhD tanpa keperluan yang hakiki!

Saya terus-terusan memarahi diri sendiri yang sedang menyiksa perasaan saya ketika ini.

Saya salahkan keputusan gila membuat keputusan 'MENDAKI GUNUNG PhD' dengan hanya berbekalkan semangat dan azam jihad mencari ilmu kononnya, dan akhirnya yang saya dapat adalah emosi yang tercedera parah! Saya marah betul! Marah kepada diri sendiri.
.
Tuan suami cuba memujuk dari pelbagai dimensi dan cuma menaikkan semula nyalarasa terhadap kecintaan saya dalam mengejar ilmu.

Namun, malam itu, semuanya saya pandang sepi. 
Semuanya terasa gelap dan akhirnya saya terlelap dengan urutan kaki oleh Tuan Suami yang menemani sepanjang hari. 
.
.
Esoknya, saya bangun dengan satu azam baharu!
.
.
Saya semat kembali semanga dalam diri.
Allah Ya Baari lebih tahu perancangan yang lebih baik.
Alhamdulillah.
.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-


Tahun Baharu 2018 yang mula berlalu - Astaghfirullahal azhiim.

$
0
0

BismillahirRahmaanirRahiim.

Sudahpun berada di tahun 2018, dan bulan February juga sudah mula bergerak pergi.


Sejak post terakhir pada September 2017, pelbagai situasi berlaku pada diri dan pada situasi sekitar.

Alhamdulillah, pelbagai ujian dan anugerah kurniaan Allah yang berlaku dalam takdir saya, amat saya syukuri dan reda menerimanya. 

Ujian susah, sedih, perit, pahit, saya syukuri kerana Allah izinkan saya menikmati saat dan perasaan itu. Begitu juga dengan kurniaan bahagia, gembira, suka dan ceria, juga saya syukuri kerana Allah masih memberi rasa-rasa itu untuk saya jalani dengan tenang.

Azam tahun ini, mahu lebih banyak syukur, sabar, ikhlas dan reda.

Benar, kedengaran seperti mudah, namun untuk melaluinya dan mempraktikkannya, MasyaAllah, terasa benar payahnya.

Namun, sebagai manusia yang penuh sifat lupa dan alpa, saya mahu terus berusaha menjadi hamba-Nya yang diredai-Nya dan yang mendapat pengampunan serta rahmat kasih-sayang-Nya yang melimpah ruah.

Ujian demi ujian itu, adalah tanda kasih Tuhan kepada hamba-Nya, saya berpegang dengan keyakinan itu. 

Kurniaan-Nya boleh datang dalam bentuk kesenangan juga kesusahan. 

Firman Allah:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah nikmat kepadamu..." (Al-Quran, Surah Ibrahim (14): Ayat 7.

Firman Allah lagi:
"Katakanlah (Wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Quran Surah Ali-Imran (3): Ayat 31.

Untuk menjadi hamba yang dicintai Allah, adalah hamba yang banyak bertaubat dan memohon pengampunan dosa dari Allah Ya Ghaffar Ya Ghaffur Ya Affuw. Makanya, demi mendapatkan pengampunan Allah, adalah dengan jalan ISTIGHFAR.

Sebanyak kita istighfar, sebanyak itu dosa dihapuskan. 
Apabila dosa-dosa dihapuskan, maka tiada hijab doa kita dengan langit Allah (untuk sampai ke Allah tanpa perantara dan tanpa hijab dosa). Dan mudah untuk doa dimakbulkan kerana orang yang banyak bertaubat dengan istighfar adalah orang yang mahu mencintai Allah. Orang yang mahu mencintai Allah pasti dirinya dicintai Allah, kerana selangkah sang hamba berjalan menuju kepada Tuhannya, seribu langkah Tuhan berlari mendapatkannya. Begitu tinggi kasih sayang dan kecintaan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud kepada hamba ciptaan-Nya yang paling sempurna.

Basahkan lidah dan siram hati dengan zikir dan istighfar, supaya Allah tahu kita selalu mencintai-Nya dan supaya kita tahu bahawa Allah sentiasa ada di hati dan pada setiap desah nafas dan derap langkah kita.




Astaghfirullah rabbal baraya
(Aku memohon ampunan Allah, Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah minal qhataya
(Aku memohon ampunan Allah, daripada segala dosa)
Rabbi zidnii ‘ilmanNaafi’a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang bermanfaat)
Wa Waffighnii ‘amala(n)maghbuu La
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Waa hablii rizqanWaasi’a
(Dan kurniakan kepadaku, rezeki yang luas)
Watub ‘alaiya taubatannasuuha
(Dan perkenankanlah taubatku, dengan taubat nasuha) – 2x
.
.
Mohon pengampunan dan rahmat Allah.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hamba-Nya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

Azam, kecintaan dan cita-cita baharu

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.


Masuk tahun 2018, umur sudah melepasi angka 40. 
Sudah mula berjalan ke angka 41.
.
Umur 40 adalah umur yang paling saya takuti. 

Umur ini adalah umur di mana Allah telah sebut dalam kalam sucinya, pada Al-Quran, Surah Al-Ahqaf (46) : Ayat 15.

Dan antara yang paling saya doakan untuk diri dan keluarga adalah, menjadi hamba-Nya yang menjaga solat seperti yang didoakan oleh Nabi Ibrahim seperti yang tercatat dalam Al-Quran, Surah Ibrahim (14) : Ayat 40. 


Saat ini, cita-cita dunia yang utama adalah mahu ubah, perbaiki, menambah baik dan jaga perilaku.
.
1- Mahu jaga solat. 
Solat di awal waktu. 
Solat penuh khusyuk dan menghayati setiap ayat dan makna dengan penuh tawaduk.
.
2- Mahu doa sepenuh tulus. 
Dengan seluruh asma' wal husna Allah dengan jitu dan teguh hati.
.
3- Mahu bersahabat dengan Al-Quran. 
Setiap hari 'berbual' bicara dan memahami makna. Hafal dan tadabur serta boleh mengajar dan menyampaikan. 
.

Azam yang sangat mahu berulang kali saya ingatkan kepada diri. 
.
 Bersahabat dengan Al-Quran.
- Baca Al-Quran;
- Faham Al-Quran;
- Hafal Al-Quran;
- Tadabbur Al-Quran;
- Mengajar Al-Quran.

Sementelah mendengar ustaz penceramah sering sebut, hadis yang sering dibacakan berkaitan keutamaan mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya, keutamaan membaca Al-Quran, dan kewajipan mencari ilmu, terasa sebak hati ini kerana tidak berusaha menjadi penghafal dan penyebar Al-Quran.


Subhanallah, seronoknya dapat menjadi pencinta Al-Quran dan bersahabat dengan Al-Quran.

(Sahabat dan kecintaan baharu)

Dan sungguh, saya cemburu pada hafazan Quran dan mereka yang Allah pilih untuk menjadi 'PEMELIHARA DAN PENYEBAR AL-QURAN'. Dan sungguh benar, aku mohon benar-benar, Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Baari dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, rencanakan saya menjadi salah seorang hamba-Nya yang menghafal Al-Quran, tidak kisahlah pada tangga berapa juga umur saya, mohon saya kembali kepada Allah kelak, dengan 114 surah menjadi peneman saya dalam alam barzakh dan di akhirat kelak.

Mohon Allah berkati dan rahmati niat dan usaha ini. 
Allahumma ameen Ya Mujib.

.
Hal dunia lain.

Apabila masuk tahun baharu, antara aktiviti yang saya kurangkan (atau mungkin senyap terus) adalah perkongsian penulisan di Facebook dan Instagram. 

Banyak perkara yang berlaku selepas kisah PhD oh Phd - VIVA dan RE-VIVA.
Perkara-perkara yang membuatkan saya muhasabah diri dengan sangat dalam dan panjang.

'Kemurungan' yang berlaku tanpa sedar membuatkan saya banyak berfikir dan mula kembali kepada nawaitu diri dalam mengejar pengajian PhD. 
.
Dan, apabila ditanya kenapa saya mendiam diri, inilah jawapan saya.  


Bukan mudah, untuk melalui hari-hari yang mendekati tarikh kematian (semakin usia bertambah, semakin hayat berkurangan, semakin dekat dengan kematian - itu pasti!)
Bukan mudah, melalui detik waktu setelah umur 40 itu dilangkahi.
Bukan mudah, untuk meningkatkan tahap iman, apabila hati ini sering berbolak balik dan nafsu ini selalu terburu-buru mahu mengambil tempat di hadapan aqal dan iman.
Bukan mudah, untuk meningkatkan tahap iman dan taqwa dengan menjauhkan rasa cemburu, riak, takabur, sombong yang berada pada garis kelabu tanpa sedar dan hanya senipis kulit bawang sahaja pemisahnya. 
Bukan mudah, mahu terus kekal, mengadu kepada Tuhan dan terus menghambakan diri sebagai hamba-Nya.

Allahu Rabbi.
Mohon Allah Ya Hafidz Ya Waaliy pelihara dan lindungi hati ini daripada hasad dengki fitnah manusia serta kerakusan nafsu sendiri. 

Saya mahu bentuk diri untuk tenang dalam melewati usia-usia yang masih berbaki ini supaya tidak terlalu terjebak dengan perkara laqa dan perkara yang membolak-balikkan keyakinan dan keimanan kepada Allah. 

Rindu, ya rindu. Pada sekalian teman dan kenalan, juga pada segala aktiviti yang pernah dilewati bersama lewat kisah dan cerita di media sosial, namun, biarlah, ia menjadi kenangan dan tinggalan pengajaran kepada diri. Mungkin selepas ini beraksi kembali atau mungkin cukuplah sekadar usia 40 itu menjadi status akhir. 

Dan di sini, tangan ini lincah menari kembali. Sesekali keluar mencatat, supaya ada cerita dan kenangan pada anak-anak dan mereka yang sudi mengingati diri ini. 

.
.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-


Selang tahun - 2019

$
0
0
BismillahirRahmaanirRahiim.

Allahu Allah Ya Karim.

Sejak entri yang lepas, rupanya menjangkau setahun saya menyepi langsung dari dunia media sosial.

Sudah masuk ke bulan Mei 2019 setelah tahun baharu 2019 berlalu dengan pantasnya.


Lagi dua hari, dunia akan menyambut bulan ramadan, bulan keberkatan, bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam.


Banyak yang mahu dinukilkan, banyak juga yang perlu disimpan terlebih dahulu.

Semoga blog ini kembali mendapat sentuhan pemiliknya yang baru mula mahu menjengah dunia setelah sekian lama bertapa berhibernasi dengan begitu lama, membawa diri menyantuni pengajian yang begitu panjang kisah dan pengkisahannya.

Mohon ada ruang dan peluang untuk jari jemari ini rancak menari di sini, untuk kesekian kalinya, seperti suatu waktu dahulu... Mohonnya begitu.


.

.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.

.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr Yang Maha Mengatur Yang Maha Baik, yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

Viewing all 65 articles
Browse latest View live