Quantcast
Channel: INSPIRASI
Viewing all 65 articles
Browse latest View live

2020 - Tahun Pemula - Mudahnya Tulis Tesis

$
0
0

Subhanallah.

MasyaAllah Tabarakallah.

Sudah setahun demi setahun berlalu. 

Tahun 2019, hanya satu post sahaja. 

Tahun 2020 ni pun, dah nak habis tahun, baru nak menjengah ke sini. 


Allahu Allah.

Perkembangan terkini?

Alhamdulillah, kisah PhD oh PhD telah menemui titik jaya. 


Alhamdulillah, aku sudah bergelar Dr. Tiny Azleen Yahaya. 


Kisah yang banyak aku catatkan di sini seawal pengajian. 

Syukur, setelah pelbagai badai dan gelora dalam menempuh lautan dalam, destinasi kejayaan itu berjaya juga dilabuhkan sauh. 

Syukur Ya Rabbul Karim.

***

Terkini, usai pengajian PhD ini, aku beralih kepada jihad seterusnya yakni menyebarkan ilmu.

.

Sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah As-Syarh 94 : Ayat 7-8, sesudah lakukan satu perkara (jihad), lakukan perkara baik yang lain. 
Itu yang saya pegang. 
Usai berhasil peroleh kejayaan dalam jihad ilmu (PhD), sekarang masa untuk menyebarkan manfaat ilmu kepada orang ramai pula. 
Usaha untuk memartabatkan ilmu dan memandaikan bangsa atas tiket PhD. 
Impian yang saya doakan pada tahun 2012,dn yang saya berteleku menyiapkan ya pada tahun 2015, kini Allah Al Baari sedang rencanakan dengan indah. 

PRESTART MC DAN START MC akan menemui pelajar pascasiswazah yang memerlukannya. Biiznillah. 
Mohon doa semua, usaha ini dalam rahmat restu, izin dan reda Allah. Amin. 
Besar angan dan impian saya untuk melihat setiap pelajar pascasiswazah mendapatkan naskah ini dan berkata, "MUDAHNYA TULIS TESIS DENGAN START MC". 
😍😍😍
Haza min fadli Rabbi. 

La hau la wala qu wata illa billah. 
Alhamdulillah. 
Terima kasih Allah. 

Kaktiny. 





2021- Meneruskan jihad ilmu

$
0
0

Masya-Allah Tabarakallah.
Sudah masuk tahun 2021.

Lama sungguh membiarkan blog ini bersarang.
Entah ada atau tidak lagi yang mengikuti blog ini.

Diri aku sepanjang kurangnya aktiviti di blog ini?
Allahuakbar Kabira.
Banyak perkara yang berlaku.

16 November 2019, aku dan sahabatku, Maiza, berjaya graduasi PhD.
Kepada mereka yang ikuti kisah kami berdua, pasti tahu bahawa pada tahun 2012, kami bersama mendaftar PhD dengan penuh semangat juang mahu paku puncak pengajian tertinggi ini.


Akhirnya "jubah kepak belang tiga dan topi tudor bonnet" itu berjaya aku sarungkan dan pakai pada hari kejayaan kami dalam dunia pengajian PhD ini.


Namun, ada sesuatu yang berlaku sebulan sebelum hari bersejarah aku itu.

Pada 18 Oktober 2019, ayahku kembali ke rahmatullah. 
Pergi meninggalkan dunia fana ini.
Pergi meninggalkan aku dan rasa teruja mahu sarungkan jubah kepak itu dan pakai topi tudor bonnet itu kepadanya.

Sebulan sahaja lagi. 
Sebulan lagi, aku akan graduasi tetapi Allah ambil ayah sebulan sebelum tarikh konvo PhD aku.

Innalillahi wainnailaihi raajiun.

Sedih, pastinya!

Tapi aku bersyukur, kerana Allah beri peluang aku simpan doa yang tak kesampaian itu untuk aku mohon diperkenankan di akhirat kelak.

Semoga sahaja arwah ayah dipakaikan pakaian kebesaran di syurga kelak menggantikan baju konvo PhD yang tidak sempat beliau sarungkan. Insya-Allah. Biiznillah.


Catatan perjalanan sepanjang pengajian PhD, aku catatkan dalam naskhah solo Dr. Secretary - Mendaki Puncak PhD.

Begitu juga dengan sahabatku, Maiza. Beliau catatkan kisahnya dalam MyTimeline - Kerani ke PhD.

Tahun 2020, aku dan sahabatku, Datin Dr. Maiza berazam untuk sebarkan dan kongsikan ilmu PhD kami ini kepada pelajar pascasiswazah yang memerlukan di luar sana.

Bersama Tuan Suami dan seorang adik bijak, Suriani a.k.a Sue, kami bergerak di bawah Inspiwriter Academy, melaksanakan pelbagai program untuk pelajar pascasiswazah.




Jadinya, bermula tahun lepas, tahun 2020 dan tahun ini, tahun 2021, di celah-celah kekalutan dunia dengan kes Virus Covid19 ini, aku terus mahu meneruskan jihad perjuangan bagi menyebarkan manfaat dan berkongsi ilmu yang dalam kapasiti tahu dan mampu diriku kepada dunia pascasiswazah.

Semoga sahaja impian kami untuk membuka sebuah Universiti Penulisan dan Penyelidikan Antarabangsa (UPPA) menjadi nyata. Allahumma Amin Allah Al-Mujib.


Haza min fadli Rabbi. 

La hau la wala qu wata illa billah. 
Alhamdulillah. 
Terima kasih Allah. 
.

Kaktiny. 

 

Jihad Ilmu: Menunaikan janji jihad ilmu

$
0
0

 

Bismillahirrahmaa nirrahim.


Sudah masuk bulan February 2022.
Nampak gaya macam setahun hanya satu post sahaja di sini.
Hahaha.

Rindu pula zaman hanya blog sahaja menjadi medium perantara media sosial.
Setiap hari di Blog, sampai jadi isu pun berpunca dari blog. 
Ah, kenangan.

Sebenarnya, banyak di blog ini yang aku ceritakan perjalanan pengajian Master dan PhD aku.

Di blog inilah tempat aku curah segala rasa dan cerita perjalanan pengajian aku bermula zaman Master dan bersambung zaman PhD.

Cumanya, apabila Facebook sudah mengambil alih tempat, tiada lagi cerita yang aku catatkan di blog ini secara konsisten kerana semua sudah beralih ke FB yang lebih mesra tangan dan cepat.

***

Tahun 2019, Alhamdulillah, aku dan sahabat, Maiza Abd Kadir, sudah lulus graduasi. 
Sudah menyarung jubah PhD.

Dan sekarang, masa untuk kami tunaikan janji jihad ilmu ini.

Alhamdulillah, kami baru selesai berkongsi ilmu dalam Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis 2.0 - Sudah 2 tahun diadakan program ini secara dalam talian.

Terkini, aku sedang merancang satu Program baharu yang akan terus dikongsikan secara PERCUMA iaitu Program Seminar Bestnya PhD.

Ya, secara PERCUMA.

Ini jihad ilmu yang aku tahu dan mahu lakukan.
Perjuangan yang aku tak rasa bosan dan lelah meneruskannya.

Aku mahu terus berkongsi supaya pelajar pascasiswazah dan bakal pelajar Pascasiswazah Master/ PhD ada tempat rujukan sebelum mereka melangkah masuk ke dunia ini.

Tidaklah jadi BLUR AYAM macam aku dulu (sorry ayam, aku petik nama kau pulak ye... hahaha).



Inilah seminarnya.
Bestnya PhD.
PERCUMA.
Untuk pelajar dan bakal pelajar pascasiswazzah.
Orang yang taknak sambung pengajian, boleh dengar ke?
Apa salahnya kalau kau sejenis yang memang sukakan ilmu dan mahu ambil tahu dunia ini.
Jom sahaja, sertai program ini dan dengar aku bebel 3 jam. Hahaha.



Ya, aku tahu rasa perit pedihnya memasuki dunia pengajian tinggi tanpa persiapan rapi.
Kerana aku dulu begitu.
Daftar berbekalkan azam dan semangat serta keyakinan yang tinggi bahawa pendakian ini mudah untuk aku redah sehingga capai kemuncaknya.

Realiti?
Tidak seindah mimpi.
Tejatuh gaung, tergolek, terhantuk, tersadung dan hampir sahaja mati lemas aku dalam pengajian ini.
Ya, aku hampir melepaskan sahaja PhD yang hanya beberapa langkah sahaja untuk disudahkan.

Semuanya kerana aku bermula dengan cara yang salah, maka langkah aku yang seterusnya banyak yang pincang dan bermasalah.

Atas kesedaran itulah, aku yakin bahawa masih ramai dalam kalangan 'junior' PhD sekarang ini yang mungkin senasib seperti aku dahulu.

Kepada yang dah terror tu, ya, program ini bukan untuk mereka.
Pergilah ke program yang kau boleh meroket dengan laju, bukan mendaki perlahan mengikut denai  yang telah diteroka oleh aku (cewah! Kemain ayat. Hahaha)



Ramai juga yang mempertikai, kenapa perlu buat PhD?
Bagus sangatkah ada PhD?
Kalau tak ada PhD, tak berjayakah?

Sayugia aku ingatkan, TAKKAN SEMUA 7 BILLION PENDUDUK DUNIA YANG ADA PHD!
Takkan semua 7 billion penduduk dunia ada persamaan untuk memiliki semua yang sama!
TAK AKAN!

Jadinya, kepada kamu, kamu, kamu atau saudara mara kamu, anak kamu, adik beradik kamu, pasangan kamu atau sesiapa sahaja di sekeliling kamu yang kamu tahu mahu sambung pengajian PhD, berikan galakan dan dorongan, bukan diperlekehkan dan dipersendakan seterusnya dikeji dan diumpat sesuka hati. JANGAN!!!

Sebarkan maklumat ini kepada mereka, supaya mereka tahu apa yang mereka perlu lalui dan hadapi, dalam dunia pengajian tinggi Master dan PhD ini.

Kepada rakan-rakan blog yang mungkin merindui BEBELAN KAKTINY, jom, daftar sahaja dalam program ini dan anda boleh lihat sembang seorang kaktiny yang sudah tamat pengajian PhD.

Insya-Allah, Biiznillah.


Salam takzim,
KakTiny


Setengah tahun pertama 2021

$
0
0

 Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini 30 Jun, sudah setengah tahun kita di tahun 2021.

Sepanjang tahun 2020 dan 2021, kita diuji dengan kes pandemic Covid19. Musibah paling besar yang serentak melanda dunia keseluruhannya.

Namun begitu, untuk diri aku sendiri, sungguh, tak lepas aku melafaz syukur pada Allah pada setiap ujian dan anugerahnya yang diberi berturut-turut, malah lebih baik daripada apa yang saya hajatkan.

Tahun 2019, adalah tahun yang bahagia namun pada masa yang sama, ia dilitupi dengan kanvas duka.

Arwah ayah dalam ingatan. Al-Fatihah kepada ayah Yahaya bin Marzuki.


Allah ambil separuh jiwaku yakni pemergian Almarhum ayahanda tercinta pada 18 Oktober 2019, sebulan sebelum aku konvo PhD pada 16 November 2019.



Arwah ayah tak sempat pakai jubah konvo PhD dengan topi tudor bonet seperti yang arwah idamkan (mohon Allah beri ganti pakaian baldu sutera yang indah di akhirat nanti, amin).

***

Tahun 2020 dan 2021, pada waktu Malaysia diuji dengan pandemik Covid19, Allah Al Fattah Al Wahhab Ar Razzaq bukakan pintu rezeki dan kurniakan satu persatu keindahan dalam meneroka dunia ilmu melalui pintu yang seterusnya.

Jika sepanjang tahun 2007 sehingga 2019, hidup aku dan ilmu berkisar kepada mencari - membaca - menulis, tetapi tahun 2020, Allah Al Fattah bukakan rezeki ramadanku dengan menjadi Panel penceramah kuliah penulisan buku umum dalam Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan (SPR).

Peluang menjadi panel penceramah dengan tajuk "Mengatasi Ketakutan Menulis Kali Pertama."


Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah.

Satu perkara yang pernah aku mohon tapi tak pernah dijangka cara ini yang Allah beri.

Berada dalam satu 'pentas' bersama guru-guru penulisan aku dan paling penting, aku dijemput oleh Tuan Guru Penulisan pertama saya iaitu Tuan Zamri Mohamad. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Berasbabkan ilham VSSPR, Allah Al Alim ilhamkan untuk aku anjurkan Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis untuk pelajar pascasiswazah. 30 Panel, 33 hari dengan 33 tajuk khusus menyentuh hal dunia pengajian tinggi.

30 Panel yang terdiri daripada pelbagai pakar bidang akademik menjadi Panel penceramah.
Dan mereka itu semua Allah izinkan aku pilih dan approach setiap seorangnya.



Syukur Alhamdulillah, kesemua mereka bersetuju menyumbang bakti dengan infak ilmu secara PERCUMA tanpa perlu membayar upah sebagai Panel. Allahu Allah.

Seramai lebih kurang 1300 peserta yang akses daripada 10 Negara menyertai program ini. Masya-Allah Tabarakallah.

Sungguh, sangat bahagia dengan kejayaan program ini. Allah juga yang memberi izin dengan penuh kebaikan.

***

Dalam bidang penulisan pula, selain menjadi panel penulisan, aku juga diizinkan Allah menjadi GURU PENULISAN dengan mengadakan Bengkel Inspiwriter Tulis dan Sebar.




Meskipun tak ramai, tetapi sangat berbaloi perasaan itu.

Namun, aku memilih untuk tidak meneruskannya kerana ramai lagi guru penulisan yang berkaliber dan untuk memberi tumpuan kepada dua hal besar, aku tak mampu. Biarlah aku tumpu kepada program bimbingan penulisan tesis Master/PhD, itu lebih menjurus kepada janji jihadku.

Maha Suci Allah yang mengizinkan semua ini berlaku.
Haza min fadli Rabbi.

Sungguh, aku bersyukur, sangat-sangat bersyukur.
Tidak sekelumit pun aku tidak mensyukuri nikmat yang Allah Al Baari Al Wahhab Ar Razzaq rencanakan dan kuriakan ini.

Malah, aku malu dan takut sebenarnya.
Dia beri terlalu banyak nikmat dan kebaikan, apakah aku mampu jalankan amanah ini dengan sebaiknya? Adakah aku sudah menjalankan tanggungjawab sebaiknya? Atau aku yang culas dan malas.

Allahuakhbar Kabira.

Mohon Allah Al Muhaimin An Nafi' selalu pelihara hati ini, iman ini dan kurniakan ketabahan untuk terus berkongsi dan sebarkan manfaat ilmu pengajian tinggi dan dapat aku manfaatkan sebaiknya. Amin. 


Wa U Fauwidu amri Ilallah
Innallahabasirunmbil ibaad.

La hau la wala quwwata illa billah.




Salam takzim,
KakTiny







 









MERAMAIKAN PEMEGANG PHD

$
0
0

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam diam tak diam, sudah hampir 3 tahun aku menjadi pemegang Ijazah Doktor Falsafah - PhD!

Dr. Tiny Azleen binti Yahaya.

Nama itu tertera dalam pelbagai poster program yang aku kendalikan, malah dalam poster kata-kata semangat yang aku muat naik dalam Facebook.




Dan, dalam tempoh ini jugak, Masya-Allah Tabarakallah, pelbagai progam berkait pengajian tinggi dan PhD ini, Allah Al Baari izinkan berlaku, syukur Alhamdulillah.

Allah Ar Razzaq Al Alim rezekikan ilham untuk buat program berkaitan penulisan tesis, ada yang secara percuma dan ada yang berbayar.

Webinar Jom Buat PhD telah diadakan secara PERCUMA.


Alhamdulillah, daripada program tersebut, Allah izinkan aku lanjutkan pula ke program berbayar.

VIDEO PANDUAN JOM BUAT PHD.



Link Video Panduan Jom Buat PhD

https://inspiwriteracademy.com/


Masya-Allah Tabarakallah.

Melihat sejauh ini perjalanan yang Allah Al Muqtadir tetapkan dalam takdir kehidupan aku, sungguh, aku tak mampu nak menidakkan kebesaran Allah Al Kabir.


Melihat sahaja poster wajah aku dalam setiap program yang aku kendalikan, tidak sikit ucapan syukur aku lanjutkan kepada Allah Asy Syakur. Tanpa izin-Nya, pastinya aku tak mampu menikmati semua nikmat ini di dunia yang fana ini.


Aku mahu menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan ini dengan terus memberi, berkongsi dan menyebarkan ilmu atas kapasiti kemampuan yang Allah Al Qowiy tetapkan kepadaku.

Sungguh, aku tak pandai, aku tak mampu, andai tiada izin Allah Al Qudus Al Jabbar Al Malik, tiada upaya aku nikmati semua ini.

Ini semua kurniaan Allah Al Barr yang Maha Baik.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.


Doaku, semoga aku terus kuat dan tenang dalam lindungan Allah Al Matin, As Salam Al Hafiz An Nur An Nafi' untuk sebarkan cahaya ilmu ini agar manfaatnya dinikmati oleh orang yang memerlukannya, termasuk diriku sendiri. Amin.


Wa U Fau Widuamri Ilallah

Innallaha basirunmbil ibaad.


Sa;am takzim.

KakTiny

Viewing all 65 articles
Browse latest View live